PN bincang manifesto PRU-15

October 6, 2022 · Politik

Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) hari ini membincangkan berkaitan manifesto yang merangkumi semua bidang dan perkara penting serta persiapan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) peringkat negeri.

Mesyuarat itu dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan pemimpin kanan parti.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir pada mesyuarat itu berkata pertemuan hari ini adalah mesyuarat bulanan PN.

“Mesyuarat hari ini merupakan mesyuarat bulanan PN iaitu laporan daripada semua unit.

“Selain itu mesyuarat juga membincangkan persiapan PRU termasuk manifesto serta pelancaran jentera pilihan raya di Selangor semalam dan selepas ini di Perak dan Pahang.

“Jawatankuasa perundingan kerusi juga masing-masing buat pelaporan awal, apa pun kita akan adakan perbincangan berikutnya selepas ini dan setiap parti dia ada jawatankuasa bersama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menjelaskan penyediaan manifesto itu akan mengambil kira situasi dan keadaan selepas pandemik dan masalah ekonomi yang agak merosot serta bantuan prihatin untuk rakyat miskin.

Muhyiddin berkata, beliau masih menunggu kesediaan jawatankuasa manifesto berkenaan membentangkan Manifesto PN kepada jawatankuasa induk gabungan berkenaan.

“Jawatankuasa (manifesto) sudah sedia tapi saya menunggu bila mereka akan bentangkan pada jawatankuasa induk PN,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata berkata ssu pembahagian 27 kerusi kritikal Parlimen pada PRU-15 turut disentuh dalam mesyuarat berkenaan.

“Kita juga berbincang mengenai beberapa kerusi yang difikirkan perlu duduk (berunding) dan ada permuafakatan untuk mengelak kerusi itu daripada jatuh ke tangan PH.

“Setakat ini, kita belum memuktamadkannya lagi. Kita ada jawatankuasa yang akan membuat pelaporan. Kita akan membentangkan perinciannya nanti.

“Ya, (perbincangan) termasuk (isu 27 kerusi kritikal). Namun, ia pada peringkat perbincangan. Perinciannya akan kita angkat kemudian kepada parti,” katanya

Difahamkan, 27 kerusi kritikal itu membabitkan 20 kerusi Parlimen majoriti Melayu yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU14, serta tujuh lagi yang menyaksikan PH kalah tipis.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok