PN beri tumpuan isu miskin tegar, kesihatan

November 16, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) membuktikan keprihatinan sebuah kerajaan dengan memberi tumpuan kepada isu-isu terutama berkait dengan kesihatan dan kelangsungan hidup rakyatnya.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya PN menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini, isu kemiskinan akan diberi tumpuan dengan penubuhan MyPrihatin yang mampu mengesan golongan tersebut dalam masa singkat.

“Kita akan tubuhkan myprihatin iaitu sebuah agensi sehenti dan pangkalan data tunggal untuk menguruskan penyaluran bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Kita nak wujudkan satu sistem pangkalan. Maknanya kalaulah di Pasir Gudang, ada orang miskin dan ramai pula yang terjatuh dalam kumpulan miskin dalam tempoh beberapa tahun ke hadapan, sistem ini akan kesan mereka.

“Dalam tempoh yang dekat, mungkin cepat tak sampai sebulan mereka akan dapat (bantuan sewajarnya). Kita berikan bantuan (segera) kerana orang yang berhadapan masalah hidupnya daif, tak boleh tunggu walau sehari pun,” katanya ketika siri Jelajah Perikatan Nasional Best Daerah Johor Bahru, malam tadi.

Selain itu katanya, PN juga akan menyediakan kad prihatin nasional yang memberi ruang kepada rakyat mendapat rawatan secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan.

“Ada waktu tertentu kita ini terganggu kesihatannya. Saya kena kanser, Alhamdulillah dah empat tahun doktor buat ‘scan’ doktor kata saya sudah bebas daripada kanser. Alhamdulillah.

“Ramai dalam kalangan kita hari ini ada darah tinggi, darah rendah, kencing manis macam-macam masalah. Jadi semua orang memerlukan rawatan kesihatan. Saya janji kalau kerajaan PN menang, kita akan wujudkan kad prihatin nasional untuk memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan terpilih secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan,” katanya.

Memahami denyut nadi rakyat yang kesempitan hidup, PN juga akan menyediakan perkhidmatan bas dan pusat penjagaan kanak-kanak secara percuma kepada kumpulan miskin serta miskin tegar.

“Kalau mereka ada anak ke sekolah, kita sediakan bas, jadi kurang belanja ibu bapa. Kita juga sediakan pusat penjagaan kanak-kanak kerana ibunya bekerja (maka anaknya) boleh diletakkan di situ (pusat jagaan).

“Ini kerajaan akan bina dan kita akan jemput pihak swasta juga untuk (sama-sama) membina,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PN setuju pertimbang cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan
November 24, 2022· Politik
Hishammuddin beri amaran kepada portal Sinar, nafi ditawar jawatan PM
November 24, 2022· Politik
GPS kekal sokong Muhyiddin sebagai PM
November 23, 2022· Politik
MB Perak BN baharu teruk kena bahan di media sosial
November 22, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
48 minit lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok