PN bentuk acuan baharu politik, tiada parti dominan

April 3, 2021 · Politik

Satu gabungan besar parti politik di bawah Perikatan Nasional (PN) yang bakal menyatupadukan rakyat berbilang kaum, adil, saksama, inklusif, sedang dibentuk dalam acuan baharu politik negara.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, menerusi acuan baharu di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak ada parti yang dominan, sementara parti kecil pula tidak terpinggir.

PN, katanya, sudah belajar daripada kegagalan dan kelemahan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) di mana keputusan gabungan dibuat berdasarkan rundingan dan bukan dominasi satu parti.

“Dalam Barisan Nasional, UMNO parti dominan. Jawatan-jawatan utama BN – Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan – dipegang UMNO. Dalam Perikatan Nasional, ia dikongsi sesama parti komponen.

“Dalam Pakatan Harapan tiada parti yang dominan, tapi keadaan di mana ia disokong oleh ‘majoriti besar golongan minoriti’ dan ‘hanya minoriti kecil golongan majoriti’ menyebabkan ia tidak bertahan lama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita berkaitan
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022· Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Kedua-dua lambang boleh digunakan PAS, kata Sanusi
June 26, 2022· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
22 minit lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
2 jam lalu · Politik
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
5 jam lalu · Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
6 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok