PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi

June 4, 2023 · Politik

Pulau Pinang akan dijadikan sebuah negeri yang mampu didiami semua kumpulan masyarakat tidak kira sama ada miskin atau kaya, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu memberi jaminan jika Pulau Pinang berjaya diambil alih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), semua rakyat bebas hidup mengikut agama masing-masing tanpa sebarang gangguan tanpa mengira pangkat atau darjat.

“Saya beri jaminan sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional yang akan mengambil alih negeri daripada DAP, tiap-tiap rakyat Pulau Pinang bebas hidup di Pulau Pinang.

“Tiap-tiap kaum yang tinggal di Pulau Pinang bebas menjadi rakyat Pulau Pinang… Orang yang berniaga bebas berniaga, orang Buddha bebas tinggal dalam agama Buddha, orang Kristian bebas duduk dalam agama Kristian, orang Islam bebas untuk mengamalkan agama Islam.

“Negeri Pulau Pinang akan dijadikan negeri orang miskin boleh duduk, orang kaya pun boleh duduk,” katanya semasa berucap melancarkan jentera kempen PN Pulau Pinang di Kubang Semang malam tadi.

Jelasnya, pembangunan di Pulau Pinang selama ini hasil daripada kemajuan yang dibawa oleh Parti Gerakan yang memerintah negeri itu selama 39 tahun dan bukannya dibawa oleh DAP.

“Pembangunan Pulau Pinang hak kita nampak hari ini kebanyakan berlaku dibawah pimpinan gerakan bukan DAP,” katanya lagi.

Untuk rekod, dua Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini adalah dari Parti Gerakan, Tun Dr. Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebelum digantikan dengan Lim Guan Eng pada 2008 lalu.

“Yang DAP duk claim (dakwa) kata dia bawa kemajuan bawa pembangunan tuan-tuan cari satu monumen satu projek yang dibina untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang.

“Pi cari kalau jumpa saya bagi RM10… Terowong? Terowong masih ada dalam rumah Guan Eng lagi, belum diselam ke dasar laut.

“Baru nak kaji nak buat kajian kebolehlaksanaan projek terowong, RM300 juta berubah tangan (hilang)… Betul tak betul. Ini parti rasuah. Betulkah tidak? Jadi hampa sembang apa ni?” katanya lagi.

Sanusi merujuk kepada skandal rasuah pembinaan terowong dasar laut yang perbicaraan kes mahkamah sedang berjalan melibatkan Guan Eng ketika ini.

Ujarnya lagi, DAP juga sama dengan UMNO kerana pemimpin mereka juga sedang menghadapi kes mahkamah dan apabila berkuasa, mereka mahu membersihkan pemimpin terpalit rasuah dengan menggugurkan kes seperti yang berlaku dalam kes banglo Guan Eng sebelum ini.

“Depa kata kluster mahkamah dalam UMNO, dalam DAP pun ada… Guan Eng kena tahu tak? Bila PH (Pakatan Harapan) dapat kuasa digugurkan kes Guan Eng betul tak? Dia ambil kuasa untuk membersihkan diri dia, gugurkan kes mahkamah. Kes banglo, betul tak? Jadi hampa kata DAP bersih, apa yang dia bersih?” soal Sanusi.

Menurut Sanusi, rakyat Pulau Pinang bukan fanatik kepada DAP tetapi mereka tidak ada alternatif lain untuk menggantikan pemerintahan DAP walaupun melihat pelbagai kerosakan dilakukan oleh pemimpin parti itu.

“Orang Pulau Pinang ni bukan fanatik sangat DAP, orang Pulau Pinang undi DAP sebab dia tak nampak alternatif lain.

“Hari ni kita tawarkan kepada rakyat negeri Pulau Pinang sebuah pentadbiran baru di bawah Perikatan Nasional yang akan membangunkan Pulau Pinang ini supaya boleh didiami oleh semua orang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok