PMX tak takut pembangkang main isu KWSP, yakin menang PRN

May 8, 2023 · Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulang pendirian kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Malah beliau yakin meski isu itu akan dijadikan senjata pembangkang menyerang kerajaan, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bakal tetap memenangi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Katanya kerajaan juga tidak akan gentar dengan taktik pembangkang terus menghasut rakyat untuk mendesak pengeluaran KWSP bersasar.

Menurut Pengerusi PH itu, beliau tidak akan membuat keputusan hanya untuk memenuhi selera sekumpulan kecil pencarum.

“Masa Covid-19 lain, sebab keadaan mendesak ketika itu tapi sekarang rakyat dah bebas untuk keluar bekerja.

“Sebab itu saya setuju dengan usul pengurusan KWSP tidak lagi membenarkan pengeluaran kecemasan.

“Saya percaya ini akan terus dimainkan pihak di sebelah sana termasuk menjelang PRN akan datang tetapi ia tidak menggusarkan kita,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Menara KWSP Kwasa Damansara.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu  menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengeluaran wang caruman secara bersasar.

Terdahulu, KWSP mengumumkan kemudahan Fasiliti Soko­ngan Akaun 2 (FSA2) bermula 7 April lalu bagi ahli yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing.

FSA2 akan dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, de­ngan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

FSA2 diperkenalkan setelah kerajaan tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran KWSP bersasar sebaliknya menawarkan kaedah cagaran kononnya untuk membantu pencarum.

Pengkritik menyifatkan langkah membenarkan pencarum mencagarkan akaun KWSP untuk membuat pinjaman sebagai tidak wajar dan hanya akan merugikan pencarum.

Malah bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan mengkritik keputusan yang katanya boleh membawa kepada pelbagai masalah termasuk membebankan peminjam dengan bayaran faedah yang tinggi.

Berita berkaitan
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
3 jam lalu· Politik
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
4 jam lalu· Isu semasa
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
15 jam lalu· Politik
Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
3 jam lalu · Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
7 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
7 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
7 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok