PMX sukar laksana pembaharuan kerana ada Zahid: KJ

May 8, 2023 · Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sukar melaksanakan sebarang reformasi di dalam pentadbirannya kerana kewujudan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Anwar terikat dengan kerajaan perpaduan yang dibina bersama Barisan Nasional (BN) kerana tidak mendapat mandat yang jelas pada pilihan raya umum yang lalu.

“Walaupun tidak berlaku pilihan raya, Najib (Datuk Seri Najib Razak) tidak ada mandat tapi masih (ada) Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) punya mandat. Mandat itu jelas. Maknanya dia tak perlu ada Zahid Hamidi, kerajaan perpaduan. Anwar tidak ada mandat yang 100%, ia bukan mandat dia.

“Dalam keadaan tersebut Anwar tidak ada outright mandate, malah dia tak ada kemenangan yang jelas pun. Jadi dalam keadaan dia terpaksa kerajaan diuji…terpaksa usung benda ini…Zahid Hamidi semua ini, dia tak dapat fleksibiliti mandat yang jelas itu. Kalau dia dapat mandat yang jelas, bro tidak boleh menahan diri sebab hari pertama dah berlaku (reformasi).

“Tapi sebab dia terpaksa bawa benda ini…Zahid ini…Ponorogo. Dia tak boleh buat. Macam mana dia nak buat reformasi? Kena lantik GLC, nak cakap pasal tata kelola tapi bila pandang kanan Zahid ada di situ. Susahlah bro…Ini kebenarannya,” katanya pada program Keluar Sekejap yang disiarkan di Youtube.

Namun Khairy sempat mempertahankan Anwar sambil mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu masih baru dalam pentadbirannya untuk menunaikan semua agenda reformasinya.

Sebelum itu, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata beliau tidak melihat sebarang agenda pembangunan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar itu.

“Saya ada bagi skor prestasi A- waktu itu tapi sekarang selepas lima bulan hampir enam bulan, saya terpaksa mengatakan mungkin sudah tiba masa utk kerajaan menunjukkan perincian agenda pembangunan mereka. Kalau agenda reformasi ini maaf saya kata saya tidak melihat urgency, perincian.

“Nak banding dengan Najib, ucapan pertama beliau sebagai PM, sudah masuk spesifik (agenda). Dia sudah beri gambaran ISA akan dikaji semula dan akan dimansuhkan. Tak lama selepas itu beliau cakap soal program transformasi ekonomi, transformasi kerajaan, transformasi politik dan sebagainya. Tapi sekarang (Anwar) sudah lima bulan, saya tak pasti adakah terlalu awal untuk kita tahu agenda yang jelas?,” katanya.

Menurut Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, kebanyakan reformasi dicadangkan itu memerlukan masa.

“Ya masih terlalu awal, tak sampai enam bulan lagi dan banyak reformasi yang dicadangkan itu memerlukan masa. Penggubalan undang-undang baharu, libat urus dengan pemegang taruh…saya rasa PMX jelas bahawa beliau komited, istiqamah dengan reformasi kerajaan dengan tata kelola yang nak dibawa dan hanya memerlukan sedikit lagi masa. Itu alasan standard. Itu yang pertama.

“Kedua, ya betul Najib dalam ucapan pertama sudah ada perancangan A-Z. Tempoh yang Pak Lah bagi kepada Najib di mana Pak Lah umumkan beliau akan berundur dalam tempoh setahun, Najib gunakan tempoh itu untuk…dia panggil penasihat polisi, buat manual apa yang perlu dibuat untuk hari pertama hingga hari ke-100,  memang kemas cara dia umumkan visinya,” katanya.

Sebelum ini pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa supaya kerajaan campuran menunaikan janji reformasi yang diwar-warkan selama ini.

SUARAM menuntut supaya Anwar membuat pembaharuan sistem yang diperjuangkan selama ini dan jika gagal melaksanakannya, beliau akan dilihat sebagai perdana menteri paling teruk.

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
5 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
35 minit lalu· Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
45 minit lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
58 minit lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok