
Poster ceramah Juwairiya bersama Lokman Adam.
Calon wanita sengaja dihantar untuk melawan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri (PMX) berkata PKR menghantar pemimpin wanita sahaja untuk melawan Azmin dan mengakui pemilihan calon dibuat olehnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini, ia bukan kali pertama isu gender dimainkan oleh Presiden PKR.
“Kat Azmin ini, kita hantar pemimpin wanita sahaja, tempat ini kita kena menang. Kita letak tokoh yang mudah patahkan Azmin.
“Pengundi di Selangor terutamanya di Hulu Kelang menolak pemimpin khianat yang diibaratkan bersikap seperti Raja Mendeliar dan Si Kitol. Sepanjang menjadi Menteri, dia (Azmin) asyik membuat plot jatuhkan kerajaan dengan Tun Mahathir supaya beliau kekal jadi PM dan Azmin jadi Timbalan Perdana Menteri.
“Sekali semua sudah tidak ada. Ahli Parlimen pun terlepas sekarang mahu menjadi Menteri Besar pula,” katanya dipetik laporan Malaysia Gazette.
Anwar terdahulu berceramah di Taman Permata malam tadi.
Jika calon PKR menang di Hulu Kelang, Anwar juga berjanji akan memberi akses kepada Juwairiya untuk memastikan isu-isu pengundi di Hulu Kelang menjadi tumpuan untuk diselesaikan selepas PRN nanti.
“Saya tidak mahu janji lebih-lebih ketika musim pilihan raya, jika Juwariya diberikan mandat saya akan berikan beliau terus ke pejabat Perdana Menteri untuk selesaikan isu-isu penduduk Hulu Kelang,” ujarnya.
Untuk rekod, Juwairiya dianggap calon luar diletak PH-UMNO untuk bertanding di Hulu Kelang, malah sambutan penduduk terhadapnya agak kurang mendapat sambutan.
Sebelum ini, Datuk Lokman Adam yang dikenali sering berceramah tentang isu kes liwat Anwar sebelum ini juga terpaksa dibawa untuk berceramah bersama-samanya.
Dalam tinjauan Agenda Daily semasa program Juwairiya semasa di ceramah berkelompok secara kecil-kecilan mendapati penduduk setempat tidak memberi sambutan yang menggalakkan berbanding sambutan diberikan kepada Azmin yang dianggap anak tempatan di kawasan tersebut.
Untuk rekod, Juwairiya sebelum ini bertanding di Bukit Melawati tetapi kali ini diletak sebagai calon DUN Hulu Kelang untuk melawan bekas Menteri Besar Selangor itu.