PMX gelabah selepas disaman Dr Mahathir?

May 7, 2023 · Politik

Pertembungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih tidak reda dan dijangka berterusan.

Kenyataan Perdana Menteri (PMX) dalam program semalam yang memetik dua nama Tun dalam ceramahnya secara tidak langsung menunjukkan perlawanan politik sesama mereka masih tidak berakhir.

Dalam ucapannya semalam, Anwar memetik nama Dr Mahathir dan rakannya, Tun Daim Zainuddin berhubung isu mengkayakan kroni dan sanak saudara semasa memegang kuasa dalam negara sebelum ini.

PMX sekali lagi menggunakan perkataan ‘sakau’ yang kerap kali digunakan semasa kempen pilihan raya lalu untuk menyerang UMNO, bagaimanapun kali ini mengarahkan serangannya kepada dua individu negarawan tersebut.

Walaupun sudah menjadi ketua kerajaan, nampaknya sengketa antara Anwar dengan dua Tun tersebut masih tidak dapat dilupakan apabila kenyataan kerasnya itu dilihat cuba mencari gaduh.

Lebih menarik lagi, Anwar mengkritik Dr Mahathir selepas disaman RM150 juta bekas perdana menteri itu beberapa hari lalu kerana didakwa memfitnahnya dalam isu sama.

Apakah PMX gelabah dengan tindakan saman dibuat Dr Mahathir terhadapnya sehingga terpaksa menyerang lawan tradisinya itu sekarang?

Persoalannya kini, perlukah PMX menyerang Dr Mahathir dan Daim walaupun sudah berada di tampuk kuasa, apakah beliau merasakan masih tergugat dengan ancaman politik bakal dihadapinya?

Melihat kepada ucapannya semasa majlis terbuka di Pulau Pinang pada Sabtu, orang ramai sendiri keliru kerana Anwar dilihat bercakap seperti seorang yang masih berada di sebelah blok pembangkang.

Rakyat mengharapkan Anwar dapat membawa polisi dan dasar yang dapat menjaga kepentingan serta kebajikan mereka, bukannya mencari gaduh dengan semua orang.

Tiada keperluan sebenarnya untuk PMX bergaduh dan mengungkit cerita lampau dengan Dr Mahathir mahupun dengan sesiapa kerana apa yang lebih penting adalah beliau mentadbir negara dengan baik dan perlu melupakan sengketa politik.

Beberapa isu kebelakangan ini gagal dijawab dan dikendalikan dengan baik kerajaan campuran dipimpin PMX, malah isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga tidak diberikan penjelasan dengan baik.

Malah, kerajaan campuran Madani masih kelam kabut untuk memberi penjelasan dengan baik kepada rakyat mengapa OPR dinaikkan, tetapi klip video tular PMX sebelum ini dalam mengulas kenaikkan OPR pula yang menjadi bualan orang ramai.

Dalam video tular itu, Anwar semasa berada di sebelah pembangkang membidas kerajaan dalam isu kenaikan OPR kerana mendakwa langkah itu akan membebankan rakyat yang sudah berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

Malah, orang ramai masih ingat bagaimana Anwar sebelum ini membidas kerajaan kerana hanya mementingkan dan mahu mengkayakan pihak bank apabila tidak menyekat kenaikan OPR.

Bagaimanapun, selepas menjadi kerajaan dan dilantik PMX, nampaknya Anwar juga masih gagal dalam menyekat kenaikan OPR dan memperlahankan inflasi yang terpaksa ditanggung rakyat ketika ini.

Sudahlah rakyat tidak dibenarkan membawa keluar wang mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), disuruh pula mereka mencagarkan akaun mereka untuk meminjam dengan bank.

Apakah PMX yang juga merangkap Menteri Kewangan memahami dan mengetahui apa yang sedang berlaku dengan kehidupan rakyat dibawah ketika ini?

Rakyat tidak mahu melihat sandiwara mahu pun wayang pergaduhan politik, mereka mahu kehidupan mereka dibela dan kos sara hidup diturunkan.

Pergaduhan politik antara Anwar dan Dr Mahathir sudah sepatutnya dinoktahkan kerana masa depan rakyat adalah lebih penting.

Berita berkaitan
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
10 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
12 jam lalu· Politik
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
6 minit lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
14 jam lalu · Politik
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Hadir PAU 2023 bermaksud reda dengan pengkhianat : Tun Faisal
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok