PMO sahkan pemecatan Pengarah Media dan Komunikasi tak sampai berapa bulan

May 5, 2023 · Politik

Pemecatan Datuk Wan Nurzila Wan Abd. Rahman selaku Pengarah Media dan Komunikasi Strategik akhirnya disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Pengumuman dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan laporan media sebelum ini yang mendedahkan Wan Nurzila dipecat daripada jawatannya tidak sampai beberapa bulan kerajaan campuran dibentuk.

Dalam kenyataan itu, PMO merakamkan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Wan Nurzila sepanjang tempoh perkhidmatan singkatnya.

Pengumuman pemecatan itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam satu notis makluman kepada media hari ini.

“Bahagian Media dan Komunikasi Strategik akan terus komited memastikan agenda Malaysia Madani dan penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasa,” katanya.

Terdahulu dalam satu portal berita mendakwa Wan Nurzila dikatakan telah tamat perkhidmatan dengan notis 24 jam kelmarin.

Memetik sumber, Wan Nurzila ‘diberhentikan’ berikutan krisis antara beberapa fraksi komunikasi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dan kegagalan kempen Malaysia Madani.

Portal tersebut turut mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan pelbagai kritikan rakyat berikutan kekeliruan dasar dan pendekatan yang tidak meyakin dalam melaksanakan polisi untuk negara.

Selain itu, krisis antara Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dikatakan antara punca utama penamatan tugas Wan Nurzila kerana kedua-dua bahagian itu dilihat mempunyai hala tuju berbeza menyebabkan imej kerajaan kian lemah.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
7 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu· Isu semasa
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok