PM umum bubar Parlimen 3 petang ini

October 10, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri akan menyampaikan perutusan khas mengenai pembubaran Parlimen ke seluruh negara, petang ini, menerusi siaran langsung di semua stesen televisyen.

Ismail Sabri melalui media sosial rasmi beliau memaklumkan pengumuman itu akan diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, jam 3 petang ini.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, berkemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.

Bercakap pada sidang media, Zahid mengesahkan Ismail Sabri yang juga Naib Presidennya sudah pun mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, memaklumkan pihaknya belum menerima apa-apa makluman berkaitan pembubaran Parlimen.

Sehubungan itu katanya, sesi Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke-14 akan diteruskan seperti dijadualkan esok, yang antara lain akan membahaskan Bajet 2023.

Persidangan Dewan Rakyat esok, adalah hari pertama bagi sesi pembahasan Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Jumaat lalu.

Semalam, Ismail Sabri dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, dipercayai untuk mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen, sebelum baginda mengadakan lawatan khas di London mulai hari ini hingga 16 Oktober depan.

Terdahulu, pakar undang-undang Perlembagaan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kehadiran fizikal Yang di-Pertuan Agong di negara ini tidak diperlukan untuk PM mengumumkan pembubaran Parlimen.

“Sekiranya Agong memperkenankan pembubaran Parlimen dengan tarikh yang ditetapkan dan jika ianya telah pun diwartakan, pembubaran itu boleh dilakukan walaupun Yang di-Pertuan Agong tiada di negara ini,” katanya

Dr Shad Saleem berkata tiga elemen – perkenan rasmi Agong, tarikh tetap dan pewartaan pembubaran – mesti dipenuhi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
December 6, 2022· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
December 6, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok