PM ulangi sokongan kepada Hajiji, gesa henti usaha jatuhkan GRS

March 1, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya menghentikan segala sengketa politik di Sabah dan memberi ruang kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk mentadbir serta memajukan negeri itu.

Gesaan itu dibuat selepas terdapat usaha pemimpin UMNO yang cuba menjatuhkan kerajaan Gagasan Rakyat Sabah (GRS), namun langkah tersebut digagalkan selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang tidak sehaluan dengan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Beliau berkata semua pihak tidak sepatutnya menjadikan politik sebagai medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di negeri itu sebaliknya mereka perlu berganding bahu tanpa mengira latar belakang politik bagi memajukan Sabah.

“Ada mandat sekarang, gunakan mandat itu untuk jaga negeri ini, pimpinan dipilih, kita pegang amanah bukan khianat, kalau rasa nak bertarung tunggu masa pilihan raya kita bertarung.

“Sekarang bukan masa bertarung, sekarang masa menjalankan amanah mentadbir negeri dan mengangkat martabat negeri serta rakyat,” katanya menurut laporan Bernama.

Anwar terdahulu menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Turut hadir Hajiji, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan beliau pada Jumaat lepas, antara perkara yang diberi penekanan penting ialah menghapuskan kemiskinan tegar dan kira-kira 130,000 orang kini berada dalam kategori itu.

“Ramai (miskin tegar) di Sabah, jadi dengan apa cara juga, seluruh kekuatan Persekutuan dan negeri kita selamatkan rakyat ini… ini kita katakan tekad politik, bila kita ada tekad politik, kekal jujur, masalahnya daripada diri sendiri, mahu atau tidak, saya percaya rakyat Sabah komited dalam perkara ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
31 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok