PM tidak terikat pendapat Jemaah Menteri bila hendak bubar Parlimen

October 4, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai budi bicara untuk memaklumkan kepada Jemaah Menteri berhubung pembubaran Parlimen, dan tidak terikat dengan pendapat mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang bercakap pada sidang media di Parlimen hari ini berkata, ia merupakan amalan sejak Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957, dan kemudian terbentuknya Malaysia pada 1963.

“Tetapi, dua minggu lalu, Kabinet membincangkan sama ada Perdana Menteri perlu menghadap Agong untuk memohon pembubaran Parlimen.

“Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan (bila Perdana Menteri harus menghadap Agong) tetapi sekurang-kurangnya Kabinet sedar dan idea itu sudah dibincangkan,” katanya menurut NST.

Biarpun Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan berkaitan definisi Jemaah Menteri dan Menteri di bawah Kuasa Am Jemaah Menteri dalam hal menasihati Yang di-Pertuan Agong, Wan Junaidi berkata, ia harus dibaca dengan Perkara 39.

“Kalau kita lihat Perkara 39 – Kerajaan Malaysia ini ditadbir oleh YDP Agong. Duli Tuanku tidak mentadbir sendiri, tetapi menerusi Jemaah Menteri, dan Jemaah Menteri sebelum jadi Jemaah Menteri, Tuanku di bawah perkara 40 perlu melantik Perdana Menteri dahulu.

“Selepas dilantik Perdana Menteri, dia akan pengerusi Jemaah Menteri, jadi maknanya kuasa Jemaah dengan Perdana Menteri ‘is diluted’ sebegitu rupa.

“Itu kenapanya kita lihat amalan Merdeka dari Malaya dulu hingga Malaysia pada 1963, Perdana Menteri tak pernah bincang dengan sesiapa untuk berhadapan, melainkan mungkin dengan pemimpin tertentu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Santubong.

Memetik laporan media, Wan Junaidi bagaimanapun menegaskan, keputusan untuk membubarkan Parlimen masih terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau kita lihat proses dan prosedur, tetapi apabila Perdana Menteri sebagai pemimpin Kabinet telah berjumpa dengan YDP Agong, saya cukup yakin keputusan itu adalah keputusan Agong, nak bubar atau tidak.

“Duli Tuanku boleh tidak, atau menangguhkan permohonan dari Perdana Menteri. Kalau ini berlaku, itu adalah keputusan daripada Agong,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok