PM takut Parlimen tergantung tapi Zahid kata usah jadikan alasan lewatkan PRU

August 22, 2022 · Politik

Kemungkinan Parlimen tergantung tidak seharusnya menghalang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam catatan Facebook pagi ini (22 Ogos 2022) – sebelum mesyuarat tergempar semua ketua bahagian UMNO dengan beliau – untuk menolak kebimbangan Parlimen tergantung, Presiden UMNO itu berkata situasi yang disifatkannya sebagai “mitos” tidak akan seteruk yang didakwa oleh kumpulan tertentu.

“Maksud mitos ialah cerita-cerita lama yang dianggap benar, namun tidaklah benar atau direka-reka. Mitos politik pula ialah menceritakan perkara yang kurang benar malah boleh dibuktikan sebaliknya,” katanya sambil memetik pandangan ahli sains politik Wong Chin Huat mengenai isu Parlimen tergantung.

Beliau membuat ulasan demikian dipercayai sebagai membalas kenyataan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Parlimen tergantung.

Mengulas lanjut, Zahid berkata Wong telah menyampaikan pendapatnya dalam ‘Simposium Keluarga Malaysia’ yang dirasmikan oleh Ismail Sabri.

Beliau (Wong) menjelaskan tiada apa yang perlu ditakuti atau dibimbangkan jika ada Parlimen gantung, kata Zahid.

“Keadaan ini tidaklah seteruk seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu, malah tidak menyebabkan kemusnahan sesebuah negara atau menjejaskan ekonomi dengan teruk,” katanya lagi.

Zahid berkata sebaliknya, terdapat keperluan untuk mempunyai pemahaman dan perbandingan yang lebih berkaitan sistem politik.

“Kerajaan New Zealand antara 1996 dan 2020 dibentuk daripada itu tetapi (negara) masih stabil dan membangun. (Penjelasan Wong) adalah untuk membuka pemahaman yang lebih baik tentang mitos politik semasa.

“Justeru, jangan gunakan alasan takut Parlimen yang digantung untuk menghalang pilihan raya umum diadakan,” kata Zahid.

20 Ogos lalu, Ismail Sabri menzahirkan kebimbangan sekiranya tiada parti yang mendominasi kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU-15 nanti, Parlimen akan tergantung.

Katanya sekiranya perkara itu berlaku, maka gabungan kerjasama politik perlu dilihat semula di antara parti-parti politik tertentu.

“Saya lebih lihat, selepas pilihan raya, (apa yang) lebih membimbangkan, ramai penganalisis politik (meramal) bahawa tidak ada parti akan menguasai sepenuhnya yang boleh menubuhkan kerajaan secara bersendiri… itu yang membimbangkan.

“Kalau tidak boleh tubuhkan kerajaan secara bersendiri iaitu satu kumpulan mempunyai lebih 112 (kerusi), kalau tidak ada, maka tentu sahaja akan wujud ketidakstabilan.

“Kita akan mempunyai Parlimen Tergantung atau ‘Hung Parliament’ di mana tidak ada siapa mempunyai majoriti menubuhkan kerajaan, sebab itu perlu ada gabungan baru antara parti-parti politik,” kata Ismail Sabri memetik laporan Awani.

Ketika diminta mengulas sama ada bayangan kerjasama parti politik itu seperti yang dijalin kerajaan ketika ini, Perdana Menteri berkata, ia bergantung kepada jumlah kerusi yang berjaya dimenangi sesebuah parti.

“Ini yang kita sedang kita bimbangkan. Kalau tidak ada gabungan terbentuk, maka Parlimen akan tergantung, sebab itu bagi saya perlu ada parti yang mempunyai dominasi.

“Kalau tidak 112 (kerusi), sekali pun sekurang kurangnya ‘single biggest majority’, biar besar… tidak boleh hanya 20-30 kerusi yang akhirnya akan berlaku pertembungan,” kata Ismail Sabri.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
10 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
8 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
8 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
13 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok