PM tak wajar salahkan Menteri PN tolak PRU, kata Dr Mahathir

October 13, 2022 · Politik

Tindakan 12 Menteri yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak wajar dipertikaikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Ismail Sabri tidak perlu mempertikaikan tindakan Menteri Kabinet yang tidak mahu pembubaran Parlimen dibuat hanya semata-mata kerana menerima tekanan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Walaupun Perdana Menteri berhak membuat keputusan sendiri, tetapi dalam kerajaan campuran, (pengetahuan dan persetujuan) parti komponen berhak memberi pandangan mereka.

“Memang pun UMNO yang hendak PRU (Pilihan Raya Umum) awal, (tak) pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen walaupun tidak mendapat persetujuan daripada jemaah menteri kerajaannya.

Susulan itu, 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Agong bagi menyuarakan kebimbangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan semasa musim bencana banjir dan tidak bersetuju dengan keputusan Ismail Sabri.

Selasa lalu, Ismail Sabri berkata, keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menterinya mengutuskan warkah kepada Al-Sultan Abdullah.

Justeru, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

6 Oktober lalu, Menteri Alam Sekitar dan Air daripada PAS – parti komponen PN – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan menteri daripada PN menyerahkan surat pada 5 Oktober, kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan rasa tidak setuju jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Susulan penyerahan surat itu, pada 6 dan 7 Oktober, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan keabsahan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Pada Ahad (9 Oktober) Ismail Sabri dipetik BH ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan itu dilaporkan berkata keabsahan kerajaan pimpinannya masih kukuh dan tidak tergugat serta tidak menandakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Ismail Sabri juga dilaporkan berkata tindakan berkenaan tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang PM adalah tertakluk kepada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet.

Bagaimanapun, susulan kenyataan Istana Negara pada 10 Oktober yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong kecewa dengan situasi politik negara sekarang, Ismail Sabri menyalahkan pula tindakan 12 menteri Kabinetnya menghantar surat berkenaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok