PM rendahkan daya intelektual rakyat sendiri di luar negara

January 13, 2023 · Politik

PAS membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merendahkan daya intelektual anak muda dan rakyat Malaysia sendiri ketika berucap di CTCORP Leadership Forum di Indonesia, baru-baru ini.

Pada masa sama, PAS juga mengingatkan Anwar supaya belajar adab dan mengotakan janji mengurangkan beban ekonomi serta menghormati orang yang pernah membela beliau ketika, kononnya difitnah dalam skandal peribadi sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Khairil Nizam Khairudin berkata kenyataan dibuat Anwar di forum itu merendahkan daya intelektual anak muda, khususnya generasi Tik Tok yang menyuarakan penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Kami menelaah ucapan Perdana Menteri di CTCORP Leadership Forum di Indonesia baru-baru ini yang berbicara mengenai soal kelansungan bagaimana rakyat hari ini khasnya anak muda kurang membaca dan tidak ada nilai ada apatah lagi dengan merujuk kepada suara hati anak muda di Tik Tok sebagai contoh.

“Kenyataan itu sedikit sebanyak mengguris dan merendahkan daya intelektual rakyat khasnya anak muda ketika ini yang secara majoritinya menolak kepimpinan PH-BN mengikut keputusan PRU-15 yang lalu.

“Generasi Tik Tok yang telah sebulat suara menolak PH-BN ini sebenarnya adalah mereka yang intelektual namun cara mereka mengekspresi luahan mereka dengan menggunakan Tik Tok amat tidak disenangi oleh PH-BN yang gagal menjawab persoalan dibangkit TikTokers khasnya mengenai isu rasuah juga skandal moral pemimpin PH-BN,” katanya dalam kenyataan hari ini (13 Januari 2023).

Khairil Nizam yang juga ahli Parlimen Jerantut mengingatkan Anwar yang membicarakan soal adab pada forum ini, sebenarnya memberi tamparan kepada beliau sendiri.

“Apabila PM berbicara soal adab kononnya, ia sebenarnya satu tamparan kepada beliau sendiri yang mana meninggalkan jauh adab apabila pernah menuduh Tuan Guru Presiden PAS fitnah beliau kononnya akan bersama BN selepas PRU-15.

“Sedang hakikatnya pasca Pilihan Raya benar-benar kleptokrat yang digelar sebagai penyamun ‘hoi ya hoi’ itu menjadi gabungan bagi membentuk kerajaan pusat.

“Dimana nilai adab PM bilamana terlalu banyak berbohong? Inikah yang mahu beliau tunjuk kepada rakyat yang dikatakan sebagai beradab? Malah janji sebelum PRU-15 mahu mengutamakan kebajikan rakyat hingga kini masih tinggal janji walau lebih sebulan kerajaan PH-BN dibentuk.,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya PAS menyarankan agar Anwar belajar adab dan belajar mengotakan janji mengurangkan beban ekonomi rakyat selain hormat kepada orang yang pernah membela beliau semasa beliau kononnya difitnah dalam skandal peribadi walau selepas itu dibuktikan bersalah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

“Usah berkokok di padang lain (di negara jiran) sedang ekor bergelumang najis di negara sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Bersatu tak pernah tolak perpaduan ummah tiga parti, kata Muhyiddin
October 9, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Shafie kecewa tiada ADUN Warisan dilantik dalam kerajaan negeri Sabah
January 12, 2023
Selepas dipecat Pengerusi UMNO Johor, Hasni umum tanding jawatan Naib Presiden
February 4, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok