PM perlu berunding dengan PN sebelum bubar Parlimen

April 10, 2022 · Politik

Sebelum keputusan membubarkan Parlimen diputuskan, Perikatan Nasional (PN) mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar berunding terlebih dahulu dengan parti komponen yang membentuk kerajaan ketika ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian sama itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri yang menjemput semua wakil parti komponen PN ke majlis berbuka puasa bersamanya di Sri Perdana semalam.

“Saya juga antara lain mengingatkan Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan pertemuan pimpinan PN bersama Perdana Menteri juga membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. 

“Dalam pertemuan ini YAB Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara,” katanya lagi.

Katanya, Ismail Sabri dalam pertemuan itu menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam kerajaan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan beliau dan pimpinan parti-parti anggota PN telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa. 

Yang hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok