PM perlu beri sedikit ketepatan bila PRU-15, bukan buat masa banjir: Muhyiddin

October 8, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa tidak berdolak-dalik dan membuat rakyat berada dalam situasi tertanya-tanya bila pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan, gesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata sepatutnya sebagai seorang Perdana Menteri perlu mengutamakan kepentingan rakyat yang akan mengalami kesusahan sekiranya PRU-15 diadakan semasa musim banjir dan tidak mengikut kehendak partinya semata-mata.

“Soal banjir, jangan andaikan banjir tak berlaku. Ada yang orang agak sinikal dengan kenyataan saya, tidak lain tidak bukan Datuk Seri Khaled Nordin, sekarang ini di Johor Bahru sudah banjir dah, kawasan Datuk Mat Maslan (Ahmad Maslan) pun dah banjir dah.

“So jangan duduk perli tak tentu arah. Tapi itu realitinya,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian Bersatu Pagoh pagi ini.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan bencana banjir berlaku di Johor Bahru dan Pontian sehingga beberapa pusat perpindahan sementara (PPS) terpaksa dibuka.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata kerajaan tidak boleh mengambil mudah dengan bencana banjir yang bakal dihadapi negara kerana keadaan sudah berubah dan boleh menjadi lebih teruk berbanding sebelum ini.

“Keadaan situasi banjir yang terkini bukan banjir macam biasa dulu. Air yang lebih melimpah-limpah, rumah yang harta rosak, manusia nyawa terkorban.

“Takkan kita nak abaikan perkara itu. Bayangkan kalau ada pilihan raya, tengah-tengah pilihan raya hujan lebat, hari nak mengundi orang tak boleh keluar,” katanya lagi.

Muhyiddin menggesa Ismail Sabri supaya memberikan sedikit ketepatan berhubung bila tarikh PRU-15 akan diadakan tetapi ia mestilah tidak dibuat semasa musim banjir dan boleh juga diadakan pada tahun depan apabila sudah redah musim tengkujuh nanti.

“Sebaik mungkin bagi orang kata ketepatan, tidak bukan tidak lain Perdana Menteri beritahu bahawa kami tidak akan adakan pilihan raya sehingga tak lebih awal daripada bulan tiga (Mac) tahun depan… Boleh tak buat ini?” katanya lagi.

Tegas Muhyiddin, seorang Perdana Menteri tidak boleh mengutamakan pendirian partinya semata-mata dalam menentukan PRU-15 tetapi perlu juga memikirkan berhubung soal nyawa rakyat.

“Kita tahu dia (Ismail Sabri) tak nak buat begitu kerana ‘top five’ dia. Top five itu parti, top five dia kata mesti nak cepat. Apa sebab nak cepat? Orang tengah susah,” katnaya lagi.

Jelas Muhyiddin, beberapa negeri juga sudah membuat pendirian untuk tidak mengikut langkah kerajaan pusat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana mahu menumpukan kepada usaha menangani bencana banjir.

Mengambilkira faktor tersebut, Muhyiddin berkata langkah mengadakan PRU-15 hanya akan menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih banyak selepas ini hanya semata-mata kerana mahu mengikut nafsu sekumpulan fanatik politik.

“an ada pula negeri-negeri yang beritahu dia tak akan bubar DUN… Ia bermakna SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) akan menanggung beban dekat dua bilion jika pilihan raya diadakan secara berasingan.

“Jadi bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk rakyat… Tunggulah sekejap, tidak lama lagi boleh buat PRU,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu· Isu semasa
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok