PM nafi akan dipecat dari UMNO

August 30, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan beliau telah diugut akan dipecat daripada UMNO jika beliau enggan tunduk kepada tuntutan Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini.

Naib Presiden UMNO itu juga menyifatkan suasana mesyuarat MT Sabtu lalu sebagai mesra, walaupun beliau pernah menjadi sasaran sindiran dan ejekan pemimpin akar umbi yang menyokong presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadiri taklimat khas pada Sabtu.

“Tiada perkara seperti itu (ugutan dipecat),” jawabnya kepada pemberita yang meminta beliau mengulas sama ada UMNO telah mendesaknya dan diugut akan digugurkan sebagai naib presiden, malah dipecat daripada parti, jika tidak mematuhi kehendak pucuk pimpinan.

“Perbincangan kami dalam mesyuarat MT adalah mesra. Tiada isu. Kadang-kadang orang luar nampak lain,” katanya ketika ditemui selepas berucap kepada penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada masalah dalaman dalam Umno dan menganggap perbezaan pendapat sebagai “biasa” dan “diraikan”.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menjaja kononnya Ismail Sabri telah memberi komitmen untuk mengadakan PRU-15 tahun ini juga.

Mohamad mendakwa Perdana Menteri telah menyatakan bahawa PRU-15 tidak akan dilaksanakan tahun depan, tetapi tidak memaklumkan bila tarikh yang tepat.

“Pilihan raya umum sudah tidak lama, Perdana Menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan.

“Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum (PRU) tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir.

“Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” kata Mohamad ketika berucap pada Perjumpaan Timbalan Pengerusi BN bersama Komponen BN Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Kuantan, semalam.

Berita berkaitan
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
5 minit lalu· Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
17 minit lalu· Uncategorized
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
47 minit lalu· Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
3 jam lalu· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
3 jam lalu · Politik
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
3 jam lalu · Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
4 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
16 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok