PM lantik Shahril sebagai Pengarah Ekonomi PMO, sailang Najib?

October 11, 2021 · Politik

Spekulasi tercetus berhubung pelantikan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri (PMO) selepas tular gambarnya dalam media sosial bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lantikan tersebut menimbulkan tanda-tanya sama ada Ismail Sabri sudah mengenepikan bekas PM Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini dikatakan bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi, ia bagaimanapun tidak menjadi kenyataan susulan kritikan orang ramai.

Jika spekulasi yang tular dalam media sosial tersebut benar, ia secara tidak langsung Shahril juga berjaya sailang Najib daripada dilantik memegang jawatan yang sama itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pejabat Ismail Sabri berhubung lantikan tersebut.

Untuk rekod, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga dikatakan sedang mengintai jawatan daripada PM, namun masih belum kesampaian cita-citanya kerana terlalu rapat dengan kumpulan ‘Kluster Mahkamah’.

Sumber dalaman UMNO memberitahu Agenda Daily sebelum ini, jawatan Ketua Pemuda yang disandang Asyraf berkemungkinan akan dicabar Shahril dalam pemilihan UMNO akan datang.

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester dan belajar peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.-

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok