PM: Krisis Melaka tak gugat MOU dengan pembangkang

October 5, 2021 · Politik

Krisis politik di Melaka tidak akan menggugat Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pembangkang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan Perdana Menteri (PM) itu hadir selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seakan memberi isyarat perkara sama yang sedang terjadi di Melaka tidak mustahil boleh berlaku di peringkat kerajaan Persekutuan.

Ismail Sabri berkata berhubung krisis di Melaka, mana-mana pihak tidak wajar membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat, bagaimanapun menegaskan MOU bersama pembangkang yang dipeloporinya sebelum ini sudah berjaya membawa kestabilan politik kepada negara ketika ini.

“Kita tidak tahu apa sahaja boleh berlaku dalam politik ini. Perkara mustahil boleh jadi tidak mustahil. Kita tidak boleh nak membuat spekulasi tepat apa yang akan berlaku.

“Sekarang ini selepas MOU ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang kita lihat politik stabil bukan sahaja keadaan tenang di Parlimen, tetapi seluruh negara keadaan stabil dan rakyat gembira dengan keadaan seperti itu. Tidak berlaku politiking melampau seperti dahulu,” katanya lapor media.

Terdahulu, Ismail Sabri melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 hari ini.

Pergolakan politik di Melaka menimbulkan tanda tanya sama ada MOU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai di peringkat Persekutuan dengan pembangkang bakal menemui kegagalan apabila ia tidak lagi dihormati.

Transformasi sejahtera politik dan pentadbiran dibuat selaras dengan usaha kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan beberapa transformasi Parlimen dan pentadbiran dengan pihak pembangkang hasil inisiatif Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, inisiatif MOY itu bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat selain tidak mahu orang politik di negara ini dilabelkan hanya tahu berpolitik tanpa melihat kepentingan negara.

Katanya, atas dasar itulah, MOU dimeterai dan ia menunjukkan keberhasilan apabila masing-masing menumpukan soal pembangunan sosial dan ekonomi tidak kira sama ada kerajan atau pembangkang.

“Dalam Parlimen pun kerjasama baik dan rakyat suka perkara ini berlaku,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok