PM kena konsisten, jangan ‘flip flop’ main isu PRU-15: Loke

June 2, 2022 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibidas DAP kerana sering bertukar pendirian berhubung isu pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke menyifatkan Ismail Sabri seringkali tidak konsisten berhubung pendiriannya melibatkan penetapan tarikh PRU-15 kerana nadanya yang bertukar-tukar semasa ditekan oleh pemimpin atasan UMNO khususnya kumpulan Kluster Mahkamah.

“Namun, dalam masa 48 jam sahaja, beliau telah menukar nada semasa berucap di Konvensyen BN (Barisan Nasional). Pokoknya, Perdana Menteri perlu konsisten dan tegas dalam pendiriannya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Loke mempertikaikan kenyataan Ismail Sabri semalam yang berkata tidak akan melengah-lengahkan untuk mengadakan PRU-15 walaupun sesaat apabila masanya sudah tiba.

Kenyataan Ismail Sabri tersebut dilihat berbeza dengan pendirian yang dinyatakan semasa wawancara di Tokyo baru-baru ini apabila berkata PRU-15 tidak akan diadakan selagi masalah inflasi dihadapi negara tidak ditangani terlebih dahulu.

Loke turut mengingatkan Ismail Sabri bahawa keputusan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen adalah budi bicara PM.

Katanya, keputusan yang begitu penting itu tidak seharusnya dipengaruhi oleh pihak yang tidak berkaitan yang hanya mementingkan survival politik mereka.

“Sekiranya beliau benar-benar ingin menangani isu inflasi daripada memanggil pilihan raya dalam tempoh terdekat, maka beliau sebagai Perdana Menteri perlu mencari konsensus merentasi parti supaya seluruh fokus nasional menjurus kepada agenda membantu rakyat,” katanya lagi.

Pada masa sama, Loke menegaskan DAP tidak pernah bimbang untuk menghadapi pilihan raya yang diadakan pada bila-bila masa tetapi kenyataan dan mesej “flip-flop” hanya akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang berlanjutan dan akan memudaratkan lagi keadaan ekonomi negara.

“Kami telah bersedia. Isu utamanya ialah Perdana Menteri perlu lebih tegas dalam pendiriannya,” katanya.

Terdahulu, menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini, Ismail Sabri dilaporkan masih menunggu waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Katanya lagi, kenaikan harga barang makanan serta kos sara hidup itu, dilihat berpunca dari ketegangan yang berlaku di peringkat global akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
4 minit lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
3 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
4 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
8 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
3 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
6 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
9 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
10 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok