PM kena bincang dulu dengan PN sebelum bubar Parlimen: Muhyiddin

March 12, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun mengingatkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mesti berunding dengan gabungan itu sekiranya hendak membubar Parlimen.

Menurutnya secara umumnya PN mempunyai 72 Ahli Parliman manakala UMNO mempunyai 42 kerusi.

“Jadi kalau ikut dari segi kedudukan itu bermakna… untuk menunjukkan situasi yang agak stabil…. politik negara tidak akan berhadapan dengan isu-isu lain dan masalah Covid dan sebagainya maka itulah yang telah pun kita persetujukan.

“Tapi saya nak sebutkan juga persetujuan itu adalah atas dasar beberapa perkara yang kita sepakati antara Perikatan Nasional dan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media mengulas keputusan PRN Johor hari ini.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata salah satu perkara yang dipersetujui bila mana Perdana Menteri hendak membuat keputusan bagi membubarkan Parlimen maka beliau perlu berunding dahulu dengan pemimpin tertinggi PN.

“Satu daripada perkara yang kita persetujui ialah bila mana Perdana Menteri nak buat keputusan untuk nak membubarkan Parlimen ataupun dapat perkenalan Agong untuk bubarkan Parlimen, maka beliau hendaklah berunding dan berbincang dulu dengan dengan pemimpin tertinggi dalam Perikatan Nasional.

“Jadi itu adalah perkara yang telah pun kita persetujui… apapun dari sudut kita ini kita harap… bagaimana dalam situasi yang masih belum selesai. Proses pemulihan ekonomi baru bermula.. masalah Covid agak masih mencatat kes besar.

“Jadi langkah-langkah sebegini tentu diambil kira. Apa pun kalau dah disebutkan tadi kita nakkan Perdana Menteri berbincang dengan kita, kita harap ini akan dilakukan sebelum apa-apa keputusan dibuat tentang perkara ini.

Mengenai PRN Johor, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata kemenangan tiga kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Endau dan Maharani, menunjukkan penerimaan rakyat terhadap PN yang masih baharu.

Katanya, PN menerusi jentera pilihan rayanya telah bekerja keras untuk memenangkan calon gabungan itu, tetapi pengundi Johor telah membuat pilihan mereka.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
1 jam lalu· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok