PM hadir mesyuarat Biro Politik UMNO, tak bincang pengampunan Najib?

August 25, 2022 · Politik

Selepas dua hari Datuk Seri Najib Razak mula menjalani hukuman penjara, UMNO mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi yang dipengerusikan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nampaknya UMNO sibuk mengadakan mesyuarat sana sini pada minggu ini sejak Isnin dan pada Sabtu ini pula dijadualkan satu perhimpunan raksasa melibatkan semua pemimpin akar umbi selepas dijemput Zahid yang disahkan dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga turut hadir pada mesyuarat Biro Politik malam tadi, menurut laporan dipetik portal MalayMail Online dan beberapa pemimpin utama parti juga difahamkan turut hadir.

Ismail Sabri sebelum ini pada Isnin tidak menghadiri taklimat bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO selepas dipanggil Zahid, ia sehari sebelum bekas Perdana Menteri daripada parti itu menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Dijangka minggu ini para pemimpin utama UMNO akan lebih sibuk dan terpaksa bekerja lebih masa susulan “Raja Media Sosial” parti itu sudah berada dalam penjara; UMNO seakan hilang seorang jeneral yang sangat penting terutamanya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang boleh diadakan pada bila-bila masa atau sebelum September 2023.

Selain itu, Ismail Sabri juga seakan serba salah memandangkan hukuman terhadap Najib dijatuhkan ketika beliau menjadi ketua kerajaan dan bukannya PM daripada parti lain.

Malah, umum mengetahui Najib dan Zahid sebelum ini antara watak utama yang memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa enggan menuruti telunjuk kumpulan Kluster Mahkamah.

Malah, Muhyiddin ketika mengumumkan peletakan jawatannya juga secara tegas berkata tidak akan berkompromi dengan Kluster Mahkamah dan tidak akan tunduk dengan tuntutan individu yang mahu menyelamatkan diri daripada pertuduhan jenayah dihadapi.

Menurut sumber Agenda Daily, mesyuarat Biro Politik malam tadi berlangsung secara tenang dan tidak panas seperti yang dijangkakan, malah Zahid tidak menyalahkan mana-mana pihak daripada UMNO sebagai punca Najib disabitkan hukuman penjara pada Selasa.

Perbincangan dalam mesyuarat Biro Politik lebih tertumpu kepada persiapan parti itu untuk berdepan PRU-15 dalam keadaan sedikit tempang kerana ketiadaan Najib yang dijangka mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan kempen nanti.

Bagaimanapun, menurut sumber, UMNO perlu memainkan isu hukuman Najib sebagai senjata untuk meraih simpati rakyat bagi kembali memilih mereka sebagai kerajaan dominan pada PRU-15 nanti.

Sekiranya rakyat bersimpati dengan UMNO selepas melihat hukuman terhadap Najib, tidak mustahil mereka dapat bangkit dengan menjadi lebih kuat dan dapat memenangi PRU-15 dengan bergaya.

Selain strategi untuk mengalihkan isu hukuman penjara Najib kepada mendapatkan simpati rakyat, mesyuarat Biro Politik juga turut membincangkan mengapa Mahkamah Persekutuan tergesa-gesa membuat keputusan akhir terhadap Najib.

Beberapa keputusan yang dibuat pada Selasa ketika prosiding kes SRC International Sdn Bhd dihadapi Najib dibangkitkan dalam mesyuarat Biro Politik.

Namun, isu berhubung permohonan untuk mendapatkan pengampunan tidak dibincangkan pucuk pimpinan parti dalam mesyuarat malam tadi.

Walaupun terdapat desakan daripada kumpulan pro-Najib yang sudah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong semalam agar Najib diampunkan daripada kesalahan jenayahnya, UMNO ketika mesyuarat malam tadi tidak membincangkannya secara serius.

Lagipun, jika permohonan pengampunan dibuat terlalu cepat ia mungkin memberi persepsi tidak baik terhadap UMNO.

Namun, terdapat alternatif lain yang mungkin dipertimbangkan UMNO iaitu dengan mengadakan PRU-15 dengan segera tetapi perlu memastikan kemenangan yang dominan memihak kepada mereka jika mahu memohon pengampunan Najib.

Pendekatan sama sebelum ini digunakan Pakatan Harapan (PH) untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara selepas PM baharu ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkannya.

Oleh yang sedemikian, tempoh masa Najib sama ada lebih lama atau singkat berada dalam penjara bergantung kepada Ismail Sabri kerana hanya beliau boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Spekulasi juga bertiup kencang apabila ramalan mengatakan berkemungkinan Parlimen dibubarkan pada September dan PRU-15 diadakan pada Oktober, tetapi adakah Ismail Sabri akan mematuhi arahan partinya?

Hanya Zahid ada jawapan tersebut.

Berita berkaitan
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok