PM berdepan tekanan kluster mahkamah, punca tak tepati janji: Bersatu NS

July 28, 2022 · Politik

Kluster mahkamah nampaknya berkuasa penuh dalam UMNO sehingga menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menepati janjinya dalam terma-terma yang dipersetujui dengan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sembilan, Iskandar Dzulkarnain Abdul Rahim berkata terbukti pemimpin UMNO yang terpalit kes mahkamah masih menjadi pencatur utama parti tersebut sehingga Ismail Sabri juga tidak berani menunaikan janjinya dengan PN.

Menurut Iskandar, langkah terbaik yang perlu diambil untuk menjamin kestabilan kerajaan sekarang adalah dengan mengadakan pemilihan UMNO, memandangkan Ismail Sabri daripada parti itu.

“Ini sekaligus melupuskan tanggapan bahawa UMNO-Barisan Nasional dikawal oleh ‘kluster mahkamah’ dan hanya menjadi alat individu tertentu melepaskan diri dari hukuman,” katanya dipetik portal Berita Bersatu.

Mengulas lanjut, Iskandar mempersoalkan tindakan pasif Ismail Sabri berhubung soal jawatan menteri di mana kuotanya daripada Bersatu.

Ini susulan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang telah mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Sudah dua bulan berlalu Zuraida keluar parti, jawatan menteri patut diganti dari kuota Bersatu.

“Soal Ismail Sabri nak kekal sokongan tidak wujud. Baru-baru ini, beberapa RUU yang dibentang telah mendapat sokongan penuh Ahli Parlimen blok kerajaan di Dewan Rakyat yang memberi gambaran Ismail Sabri masih kekal mendapatkan sokongan majoriti.

“Saya gesa beliau melaksanakan apa yang telah dijanji dengan segera. Itu mencerminkan maruahnya sebagai seorang PM, jika tidak mahu dilihat sama seperti akhlak ‘kluster mahkamah’,” katanya lagi.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Ismail Sabri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata PN akan menghantar delegasi untuk menemui Ismail Sabri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat.

“Mesyuarat juga melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan YAB Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi termaterma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan Perikatan Nasional.

“Sehubungan itu, Perikatan Nasional memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui YAB Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok