PM akan persembah kepada Agong bubar Parlimen tahun ini

September 30, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diadakan pada tahun ini juga, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata ketetapan untuk memberi tanggungjawab kepada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini (30 September 2022) memandangkan pendirian parti yang mahu PRU-15 tetap diadakan juga pada tahun ini.

Menurutnya MT bersetuju Parlimen hendaklah dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini.

“Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat itu, malam tadi.

Ahmad berkata keputusan mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah berasaskan pendirian konsisten parti itu sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.

Oleh itu, katanya semua jentera parti di setiap peringkat adalah diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh PRU-15 ditetapkan.

“UMNO percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi, maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik buat negara,” katanya.

Selain itu, katanya UMNO turut menjunjung titah Sultan Johor pada 15 Mei 2022 lalu, yang mahukan laporan siasatan pasukan petugas khas dalam isu kedaulatan Batu Putih untuk segera dibentangkan dan didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan soal maruah dan kedaulatan negara.

“Mesyuarat juga mengambil maklum berkenaan kunjungan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang Presiden UMNO baru-baru ini.

“Mesyuarat juga menyambut baik keputusan Kabinet yang mengarahkan siasatan lanjut dan tindakan perundangan segera dilaksanakan oleh agensi-agensi penguat kuasa berkaitan bagi menyiasat salah laku bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

“Mesyuarat juga menggesa agar Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness” untuk segera didedahkan kepada umum.

“Ini penting bagi memulihkan imej dan integriti institusi kehakiman serta kedaulatan undang-undang negara, seperti contoh yang terdapat di dalam muka surat 342 buku tersebut yang berkemungkinan melanggar Seksyen 32 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009,” katanya.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan mahu PRU-15 diadakan segera iaitu sebelum hujung tahun ini yang masih berbaki kira-kira tiga bulan lagi, walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan musim tengkujuh akan tiba.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini sanggup meredah banjir untuk berkempen jika PRU-15 diadakan pada musim hujan lebat, menjadikan penafian MetMalaysia bahawa banjir besar akan berlaku pada hujung November, sebagai alasannya.

“Kemungkinan banjir besar tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat, malah Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini juga menafikan pasti banjir besar pada hujung November 2022,” katanya pada 29 September lalu, sambil menyifatkan isu banjir itu sebagai mitos.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok