PKR yakin kerajaan baharu di Melaka akan terbentuk

October 4, 2021 · Politik

Kerajaan baharu di Melaka akan terbentuk susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata dengan tindakan empat ADUN tersebut ia secara tidak langsung kerajaan negeri Melaka sudah tumbang dan perlu digantikan dengan satu pentadbiran yang baharu.

“Kami yakin ada lagi akan bersama membentuk kerajaan negeri (baru) dalam kerangka perubahan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau juga mendesak supaya Sulaiman meletak jawatan selepas hilang majoriti mengikuti langkah sama yang diambil oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

“Kerajaan Melaka telah tumbang. Berdasarkan duluan di peringkat pusat dalam kes (perdana menteri sebelum ini) Muhyiddin Yassin, ketua menteri akan meletakkan jawatan,” katanya lagi.

Awal hari ini, bekas KM Melaka, Datuk Seri Idris Haron mencetuskan satu lagi kemelut politik dengan mengumumkan bersama tiga lagi ADUN sudah hilang kepercayaan terhadap Sulaiman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibentuk pada Mac tahun lalu selepas Pakatan Harapan tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 ADUN, dengan 14 daripadanya diwakili UMNO, diikuti dua daripada Bersatu dan satu Bebas, manakala pembangkang pula 11 kerusi.

Berita berkaitan
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022· Isu semasa
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
August 14, 2022· Politik
Ahmad Faizal dakwa Anwar mungkin bimbang ditolak pengundi Port Dickson
August 12, 2022· Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
August 11, 2022· Politik
Popular
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
August 16, 2022
UMNO Kedah tak ingin kerjasama dengan PAS pada PRU-15
August 15, 2022
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
August 16, 2022
PM faham tuntutan jawatan TPM
August 15, 2022
Lagi Politik terkini
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
13 jam lalu · Politik
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
19 jam lalu · Politik
Kerakyatan automatik dijanjikan Zahid hanya taktik tarik undi
22 jam lalu · Politik
Parti Zuraida belum diterima sertai BN
August 15, 2022 · Politik
Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan
August 15, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok