PKR walaupun parti lama kalah teruk, 5 parti hilang semua deposit

Daripada 20 kerusi yang PKR bertanding hanya satu sahaja berjaya dimenangi, sementara tiga parti baharu turut hilang semua deposit bersama-sama dengan dua lagi parti turut menerima nasib sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Paling memalukan pastinya PKR kerana sebagai sebuah parti pembangkang yang agak lama dan bertanding atas logo sendiri gagal mengulangi pencapaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, sementara parti Pejuang dipimpin mantan Perdana Menteri (PM) dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menang sebarang kerusi, ia termasuk Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang bertanding buat kali pertama pada pilihan raya.

Parti Pejuang, hilang semua deposit melibatkan 42 calonnya dengan anggaran RM210,000 lebur disumbangkang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dua lagi parti gagal menyelamatkan deposit di Johor ialah Warisan dan PBM. Warisan meletakkan enam calon dan PBM empat, semua calon mereka tewas pada PRN yang berlangsung semalam.

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing meletakkan seorang calon. Kedua-duanya turut hilang deposit.

Sementara itu, DAP dan sekutu PH, Muda yang membuat penampilan sulung pada PRN Johor berjaya mengekalkan deposit mereka di semua kerusi yang ditandingi.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PB), dua calon Bersatu hilang deposit mereka.

PAS dan Gerakan menyaksikan seorang calon masing-masing kehilangan deposit.

Tiada seorang pun calon Barisan Nasional (BN) yang hampir kehilangan deposit mereka.

SPR sudah mengesahkan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN yang berlangsung semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR