PKR umum 72 calon Parlimen, isteri Anwar bertukar tanding Bandar Tun Razak

October 28, 2022 · Politik

PKR malam ini (28 Oktober 2022) mengumumkan 72 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Isteri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengikut jejak suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bertukar kawasan Parlimen dengan memilih Bandar Tun Razak sebagai kerusi yang bakal ditandinginya pada PRU-15 ini.

Seperti disebut-sebut, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari diletak bertanding di kerusi Parlimen Gombak, untuk berhadapan penyandangnya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pula diletakkan di kerusi Parlimen yang dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Port Dickson.

Bekas Menteri Pendidikan zaman Pakatan Harapan (PH) Maszlee Malik pula akan mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14 di Simpang Renggam.

Sementara itu, Iskandar Shah Abdul Rahman dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Pagoh berhadapan sengan penyandangnya yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut adalah senarai calon PKR yang diumumkan malam tadi:

  1. Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Bandar Tun Razak);
  2. Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh);
  3. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil (Lembah Pantai);
  4. Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek (Nibong Tebal);
  5. Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim (Hang Tuah Jaya);
  6. Hassan Karim (Pasir Gudang);
  7. Akmal Nasir (Johor Bahru).
  8. Rodziah Ismail (Ampang);
  9. Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang);
  10. Rosnah Aluai (Tangga Batu);
  11. Jufitri Joha (Rembau);
  12. William Leong (Selayang);
  13. Abbas Awang (Bera);
  14. Wong Chen (Subang);
  15. Lee Chean Chung (Petaling Jaya);
  16. Datuk Abdullah Sani (Kapar);
  17. Muhamad Kamil Abdul Munim (Padang Rengas);
  18. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (Bagan Datuk);
  19. Husam Musa (Pasir Mas);
  20. Nik Omar Nik Aziz (Pasir Salak);
  21. R Yuneswaran (Segamat);
  22. Dr Zaliha Mustafa (Sekijang);
  23. Onn Abu Bakar (Batu Pahat);
  24. Zuraidah Zainab Mohd Zain (Tenggara);
  25. Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau);
  26. Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim (Pontian);
  27. Rusnah Aluai (Tangga Batu);
  28. Nor Azman Mohamad (Kuala Pilah);
  29. Saipolyazan Mat Yusop (Sungai Besar);
  30. Dr Sathia Prakash Nadarajan (Hulu Selangor);
  31. Lee Chean Chung (Petaling Jaya);
  32. Ramanan a/l Ramakrishnan (Sungai Buloh);
  33. Manivanan Gowin (Kuala Langat);
  34. Zahir Hassan (Wangsa Maju);
  35. Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa);
  36. Dr Noraishah Mydin (Putrajaya);
  37. Jurey Latiff Mohd Rosli (Lenggong);
  38. Siti Aishah Shaik Ismail (Bagan Serai);
  39. Erman Shah (Rompin);
  40. Tan Kar Hing (Gopeng);
  41. Chang Lih Kang (Tanjong Malim);
  42. Sim Tze Tzin (Bayan Baru);
  43. Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau);
  44. Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (Jerlun);
  45. Aizuddin Ariffin (Kubang Pasu);
  46. Simon Ooi Tze Min (Alor Setar);
  47. Azman Ismail (Kuala Kedah);
  48. Zulkifly Mohamad (Pendang);
  49. Nurin Aina (Merbok);
  50. Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani);
  51. Karupaiya Mutusami (Padang Serai);
  52. Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baharu);
  53. Fathin Amelina (Arau);
  54. Amin Ahmad (Kangar);
  55. Nor Azmiza Mamat (Bachok);
  56. Rahimi L Muhamud (Ketereh);
  57. Mohamad Supardi Md Noor (Tanah Merah);
  58. Dr Rosli (Machang);
  59. Asharun Uji (Gua Musang);
  60. Mohamad Ngah (Setiu);
  61. Alias Ismail (Hulu Terengganu);
  62. Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad (Dungun);
  63. Hasuni Sudin (Kemaman);
  64. Dr Hassan Basri Md Dahan (Jerantut);
  65. Zuraidi Ismail (Indera Mahkota);
  66. Fuziah Salleh (Kuantan);
  67. Mohd Naim Zainal Abidin (Pekan);
  68. Rafizi Ramli (Pandan);
  69. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun);
  70. Datuk Seri Amiruddin Shari;
  71. Datuk Seri Aminuddin Harun;
  72. Maszlee Malik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
49 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok