PKR teliti bentuk gabungan BN 2.0 bersama UMNO, DAP

April 15, 2021 · Politik

Cadangan pembentukan Barisan Nasional 2.0 (BN 2.0) dengan semua parti komponen yang baharu adalah kemungkinan yang sedang diteliti PKR dengan tidak menolak ia boleh menjadi kenyataan.

Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil berkata cadangan pembentukan gabungan itu dilihat sebagai cadangan yang baik namun ia memerlukan persefahaman sesama parti komponen dan harus melihat realiti dalam politik negara.

“Kalau kita lihat Pakatan Rakyat dahulu, yang sebelum ini merupakan barisan alternatif pembangkang, kemudian kepada Pakatan Harapan (PH), yang menjadi formula untuk gabungan ini mampu bertahan adalah kerana kejujuran antara pemimpin parti.

“Ia mestilah berasaskan kepercayaan dan apa yang diperjuangkan. Bukan setakat hanya mampu berkata-kata gah, tetapi dari segi tindakan ia berbeza. Itu mesti jelas,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Tawaran ini mungkin sesuatu yang ditunggu UMNO, malah UMNO juga tidak mempunyai pilihan apabila rakan komponen mereka MIC dan MCA juga dilihat sudah menjarakkan diri mereka daripada Barisan Nasional dan kemungkinan UMNO bertanding solo juga hampir menjadi kenyataan.

UMNO juga menerusi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengadakan rundingan untuk membawa kedua-dua parti duduk sebumbung ia terbukti selepas penularan klip audio mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin utama PKR, Datuk Johari Abdul juga PKR mengalu-alukan UMNO untuk bersama mereka untuk menerajui negara jika berjaya membentuk kerajaan pusat bersama nanti.

“Jika tidak, sukar untuk parti politik bekerjasama disebabkan tiada persamaan untuk memastikan negara diurus tadbir dengan baik.

“Kita mesti ada keyakinan bahawa reformasi harus berlaku dalam negara kerana kita sudah ketinggalan jauh berbanding negara lain seperti Singapura dan Vietnam dari sudut inovasi, ekonomi dan pendidikan,” katanya dipetik Utusan Malaysia lagi.

Terdahulu, politik negara dikejutkan dengan penularan klip audio pakatan antara Anwar dengan Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU), kedua-dua mereka masih belum membuat sebarang laporan polis walaupun pada awalnya menafikan bersungguh-sungguh.

Perbualan Anwar dan Zahid itu yang menjuruskan kepada strategi politik mencetuskan ketegangan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO, sehinggakan ramai yang mendesak Zahid melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin
May 1, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok