PKR Selangor: Rafizi tak perlu pertikai kemampuan PH kekalkan Selangor

April 19, 2022 · Politik

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sepatutnya memberi fokus terhadap usahanya untuk memenangi jawatan timbalan presiden parti bagi sesi pemilihan kali ini berbanding cuba meramalkan masa depan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Ketua Penerangan PKR Selangor Halimey Abu Bakar berkata telahan Rafizi bahawa PH dan PKR berdepan laluan sukar untuk terus menerajui negeri terkaya di Malaysia tersebut seumpama memperkecilkan kemampuan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga dari PKR, untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Yang duduk dalam Jemaah Menteri kerajaan negeri… kami yang diamanahkan, kami tahulah, kami yang berusaha keras untuk memastikan kerajaan negeri kekal dalam PRU akan datang. Kami yang faham.

“Saya harap Rafizi tumpukanlah kempen dia untuk bertanding timbalan presiden (PKR)… tentang kerajaan negeri, itu tanggungjawab kami yang menjaganya,” Halimey dipetik oleh FMT.

Halimey mengulas kenyataan Rafizi semalam bahawa sekiranya kepimpinan PKR tidak bertindak terhadap isyarat dari Johor dan tiga lagi pilihan raya negeri PRN – Sabah, Melaka dan Sarawak – kemungkinan besar parti itu akan kehilangan Selangor pada PRU15.

Tidak terhenti setakat itu, bekas ahli parlimen Pandan tersebut turut memberi amaran kepada pemimpin PH Selangor yang mempunyai jawatan supaya bersedia untuk hilang kedudukan itu dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.

Jelas Halimey, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mengakui bahawa kepimpinan Amirudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua sebagai antara yang terbaik.

Beliau berkata ini bukti bahawa Amirudin mampu membantu PH mengekalkan Selangor untuk penggal keempat berturut-turut.

“Di Selangor, insyaAllah kita boleh kekalkan tetapi dengan syarat semua kena buat kerja. Kalau dulu kita buat kerja sekali ganda, tapi kali ini kita kena buat kerja dua kali ganda sebab rakyat akan lihat apa yang kita boleh bantu mereka,” katanya.

Tambah Adun Seri Setia tersebut, PH juga akan menerima manfaat dalam PRU15 sekiranya Akta Anti-Lompat Parti diluluskan.

“Selagi Akta Anti-Lompat Parti tidak diluluskan, selagi itu rakyat tak keluar mengundi. Maknanya rakyat sendiri tak letak kepercayaan kepada calon sebab mereka rasa kalau calon ini menang mereka boleh lompat.

“Pada PRU akan datang, kalau akta ini diluluskan insyaAllah rakyat akan keluar undi kerana yakin dan percaya dengan PH terutama di Selangor,” katanya.

Halimey turut menyelar tindakan Rafizi mempersoalkan pendekatan menyatukan mana-mana parti lain dalam “khemah besar pembangkang” bagi menghadapi PRU15 akan datang.

“Kita atas arahan presiden (Anwar), presiden bersama pimpinan PH yang buat keputusan untuk adakan khemah besar atau tak, bukan Rafizi yang buat keputusan. Kalau Rafizi menang (timbalan presiden) sekali pun, bukan kuasa dia nak tentukan khemah besar atau khemah kecil, presiden PKR yang tentukan,” tegasnya.

Dalam pemilihan PKR 2022, Rafizi bakal berentap bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dengan seorang lagi tokoh kanan parti iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok