PKR Sabah sindir Parti Muda, pilih Pakatan Harapan atau Warisan?

September 9, 2022 · Politik

PKR Sabah membuat kritikan secara sinis berhubung hasrat Parti Muda dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata Muda sepatutnya menghentikan sebarang kerjasama dengan Parti Warisan jika mahu menyertai PH dan membuat pilihan salah satu bukannya dengan bermain dua kolam.

“Keputusan Warisan memutuskan hubungan dengan PH turut diumumkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti itu, baru-baru ini.

“Muda perlu belajar lagi dalam berpolitik dan bukan menjadi sebuah parti yang menempel sana sini untuk menang. Malah, status Muda dengan Pejuang sehingga hari ini masih belum ada noktah daripada parti itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Razeef juga membidas Muda kerana sikap biadab sebelum ini yang ditunjukkan penyokongnya semasa insiden pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu.

“Kami telah membuka ruang kerjasama serta memberi tapak kepada Muda pada PRN Johor lalu, namun apa yang dilakukan parti tersebut sangat biadab ketika itu.

“Bermula dengan menuduh ADUN Ulu Tiram daripada PKR ketika itu sebagai tidak amanah. Kemudian laman media sosial Muda Johor memuat naik poster ‘Hentikan Korupsi’ dengan memaparkan logo PKR dan PH seolah dua entiti ini memberi dan menerima rasuah,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan hasrat partinya itu untuk menyertai PH bagi menghadapi PRU-15.

Katanya, Muda juga terbuka mengadakan perbincangan rasmi bersama Majlis Presiden PH berhubung perkara itu, selain menyasarkan bertanding kawasan Parlimen tidak lebih 15 kerusi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok