PKR pertimbang jalankan audit forensik selepas aduan orang kanan Anwar

June 1, 2022 · Politik

Susulan bantahan dibuat oleh orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pertikaian semasa pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini, PKR menimbang untuk menjalankan audit forensik terhadap aduan yang dibuat calon bertanding.

Bekas pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang tewas dalam pemilihan Cabang Gombak baru-baru ini menggesa audit dijalankan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Zaliha Mustafa mengesahkan PKR akan menjalankan audit forensik untuk meneliti setiap aduan yang dibuat oleh calon bertanding.

“Mereka minta audit forensik. Itu adil bagi saya. Jadi, kita boleh pertimbangkan untuk membuktikan integriti kita.

“Kami akan membuat keputusan secepat mungkin, kerana kami sedang melihat beberapa perkara lagi, seperti aduan. Kami harus membuat keputusan dalam masa seminggu,” katanya lagi.

PKR mengadakan pemilihan kepimpinan tiga tahun sekali awal bulan ini. Keputusan rasmi hanya akan diumumkan semasa kongres tahunan parti pada 25 Jun dan 26 Jun.

Pemilihan itu dijalankan menggunakan aplikasi telefon pintar ADIL. Undian dibuat sama ada secara bersemuka melalui komputer tablet atau dari jauh, pada tarikh yang ditetapkan.

Proses pemilihan itu menyaksikan Farhash tewas kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam saingan merebut ketua Cabang PKR Gombak.

Farhash antara lain mendakwa proses pengiraan undi dijalankan tanpa kehadiran pemeriksa.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok