PKR Melaka bidas anak murid Anwar yang gesa bubar DUN

October 5, 2021 · Politik

Anak murid kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibidas kerana mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan walhal semasa krisis di Perak sebelum ini tidak pula dibubarkan dewan.

PKR Melaka mengkritik anak murid Anwar tersebut kerana tidak pula mencadangkan DUN Perak dibubarkan selepas tercetus kemelut politik yang hampir sama sedang berlaku di Melaka.

“Kenyataan bersifat dangkal daripada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa perlunya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku didalam negeri Melaka dilihat seperti kebudak-budakan dan bersifat mementingkan diri tanpa memikirkan implikasi yang akan berlaku kepada rakyat.

“Semasa berlaku krisis pertukaran kerajaan di Perak misalnya, kepimpinan UMNO terutama Presiden UMNO tidak mencadangkan diadakan PRN Perak seperti mana cadangan yang dibuat kepada negeri Melaka,” kata Ketua Penerangan PKR Melaka Muhammad Asri Ibrahim.

Jelasnya, jika PRN diadakan ketika negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19, ia dijangka bakal memberi kesan buruk sama seperti berlaku di Sabah tahun lalu.

“Adakah disebabkan menteri besar Perak yang dilantik ketika ini adalah proksi Presiden UMNO sehingga berlaku cadangan yang tidak konsisten?

“Persoalan ini harus dijawab oleh Presiden UMNO kerana bahana kepada PRN akan membawa kepada kesan yang buruk dalam tempoh pandemik Covid-19 seperti mana yang berlaku semasa PRN Sabah,” katanya lagi.

Krisis Melaka berpunca daripada tindakan empat orang Ahli Dewan Undangan (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM), Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Lebih menarik, dua ADUN UMNO menggepalai gerakan untuk menjatuhkan KM Melaka adalah juga dari parti sama, iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) bertindak secara terbuka mengumumkan keputusan mereka menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Pengumuman Idris itu menyebabkan Sulaiman kini hanya mempunyai sokongan 11 ADUN sahaja kurang empat untuk mendapatkan majoriti mudah.

Sementara, Pakatan Harapan yang mempunyai 11 ADUN sedia menubuhkan kerajaan negeri baru bersama Idris dan tiga lagi Adun.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok