PKR Johor beri amaran kepada MUDA supaya beradab, serang parti Syed Saddiq

February 18, 2022 · Politik

Pemimpin PKR Johor memberi amaran kepada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) supaya menjaga adab dalam berkawan dan membidas parti dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tersebut.

Serang-menyerang dan kecam-mengecam dari pemimpin PKR dihambur kepada MUDA ekoran tindakan yang mengancam untuk bertindak balas selepas gagal mendapatkan kerusi yang ingin dirundingi dengan PKR Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh membidas MUDA supaya tidak mencemari semangat setiakawan dan menikam kawan pembangkang yang lain, serta menasihati mereka untuk menumpukan terhadap kerusi yang sudah diberikan DAP dan parti kepada mereka.

“Janganlah dicemari semangat tersebut demi tuntutan semata-mata.

“Tumpulah kepada kerusi yang ditandingi untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya,” kata Ahli Parlimen Ledang dipetik laporan portal.

Syed Ibrahim menegaskan PKR Johor tidak akan berganjak dengan keputusan untuk tidak berunding dengan kerusi akan ditandingi mereka kerana MUDA tidak menerima tawaran tiga kerusi yang diberikan sebelum ini.

“Tiga kerusi yang ditawarkan oleh PKR telah ditolak dan MUDA masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran.

“Ia turut menjadi sulit apabila kerusi yang dituntut merupakan kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan yang ada pada PKR. Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita PKR Johor pula, Faizah Ariffin pula berkata MUDA tidak boleh keterlaluan dalam meminta kerusi yang ingin mereka mahukan, malah parti tersebut juga bukan lah sebahagian daripada gabungan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

“Saya menyambut baik pandangan beliau dengan terbuka dan penuh semangat. Ini adalah proses demokrasi biasa untuk memilih wakil rakyat, maka ia terbuka untuk mana-mana parti politik untuk meletakkan calon terbaik di mana-mana kerusi yang difikirkan boleh menang.

“Jika itu hasrat mereka, maka saya berpandangan untuk PKR juga perlu meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh Muda terutamanya Puteri Wangsa.

“MUDA bukanlah gabungan Pakatan Harapan dan saya kira tiada masalah untuk bertemu sesama sendiri di gelanggang sebenar,” katanya.

Bekas pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim turut mengkritik MUDA yang dianggapnya sebagai terlalu angkuh dan berlagak seperti sudah lama dalam pentas politik negara sehingga tidak menghormati orang lama.

“Garang sungguh amaran Presiden Parti MUDA yang baru berusia empat bulan tersebut.

“Kalau bayi, baru berumur empat bulan belum boleh makan nasi atau makanan keras. Kena minum susu sahaja. Perut bayi belum kuat untuk menghadam,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq berkata PKR sudah menamatkan rundingan rasmi dan mengambil keputusan tidak memberi sebarang agihan kerusi kepada parti itu, setakat ini.

Syed Saddiq juga tidak menolak MUDA akan mengambil tindakan balas terhadap keputusan PKR tersebut.

Berita berkaitan
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
18 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
5 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
9 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
20 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
22 jam lalu · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
57 minit lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok