PKR hilang semangat reformasi selepas bersahabat dengan UMNO: Wan Saiful

May 2, 2023 · Politik

Semangat reformasi yang dilaung-laungkan oleh PKR sebelum ini sudah hilang sejak menjadi kerajaan campuran bersama dengan rakan baharu, UMNO.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan laungan reformasi yang diperjuangkan PKR sudah lenyap apabila menjadi sahabat politik dengan UMNO sehingga terlupa matlamat sebenar mereka.

Jelasnya lagi, ucapan yang dibuat semasa program di Kedah baru-baru ini apabila agensi penguatkuasa digunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah menunjukkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) sudah hilang integriti.

“Ini adalah satu lagi contoh betapa semangat reformasi sudah lenyap daripada PH-UMNO. Dulu mereka menjerit melaungkan pentingnya membebaskan institusi daripada campur tangan politik.

“Tapi PH-UMNO kini langsung tidak malu-malu memperalatkan institusi penguat kuasa untuk kepentingan politik mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Wan Saiful turut mempersoal tindakan PH-UMNO yang dilihat seperti mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sesuka hati.

“Apa jaminan yang boleh diberi kepada rakyat bahawa institusi penguat kuasa lain tidak diarah secara terpilih untuk tujuan yang sama?” soalnya.

Tambahnya, PH-UMNO kini sudah tiada iltizam untuk menjaga dan melindungi kebebasan institusi penguat kuasa tetapi sebaliknya sedang rakus mempergunakan apa saja kuasa serta agensi terpilih demi kepentingan politik.

“PH-Umno sudah hilang halatuju dan mereka bulan lagi pengibar reformasi,” katanya lagi.

Semasa program Himpunan Madani di Kedah baru-baru ini, program anjuran kerajaan pusat bertukar menjadi kempen politik apabila pemimpin parti kerajaan campuran menggunakannya untuk berceramah politik dan penyerahan borang keahlian parti juga turut dibuat pada majlis sama.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
15 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
24 minit lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu· Politik
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
38 minit lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok