PKR dakwa ada nama pelik dalam daftar pemilih tambahan Disember

February 16, 2022 · Politik

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa ada nama-nama yang pelik dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2021, selain mempersoalkan kelewatan Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) untuk membekalkan daftar pemilih berkenaan.

Pengarah Pilihanraya Pusat PKR Fuziah Salleh berkata SPR telah memperaku dan mewartakan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) sehingga Disember 2021 pada 14 Januari 2022.

Menurutnya pada 7 Februari lalu, SPR mengeluarkan senarai harga Daftar Pemilih Induk (DPI) 2021 untuk seluruh negara dan memaklumkan ianya sedia dibekalkan kepada semua parti politik.

“Namun sehingga kini sebulan selepas DPT itu diwartakan, SPR masih belum bersedia membekalkan senarai daftar tersebut kepada pihak yang ingin membelinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kuantan itu mempersoalkan sebab kegagalan SPR berbuat demikian, sama ada data berkaitan mempunyai kesalahan atau SPR enggan membekalkannya kepada pembangkang.

Fuziah mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak dibenar membeli DPT itu dengan pelbagai alasan, walaupun telah berkali-kalicuba berbuat demikian.

“Saya terima aduan berkenaan data yang pelik-pelik sebagai nama pengundi. Seperti ‘deceased’ dan expired’ sebagai nama pemilih.

“Saya sendiri membuat semakan pemilih di laman web SPR menggunakan sampel nombor kad pengenalan dari DPT tersebut dan ternyata aduan berkenaan adalah benar,” katanya.

Menurutnya SPR sebelum ini menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan setiap suku tahun yang dipamerkan kepada awam serta dibekalkan secara percuma untuk disemak oleh parti-parti politik dan individu membuat bantahan sebelum diwartakan.

Tetapi, katanya amalan tersebut kini tidak lagi diteruskan dan DPT terpaksa dibeli oleh parti politik dengan kos yang mahal.

Menurutnya parti politik tidak lagi dibenarkan menyemak kesahihan daftar tambahan dalam bentuk rang yang dipamerkan, sebaliknya dipaksa untuk diterima, selain terpaksa membelinya dengan harga yang mahal.

“Nah… ternyata apabila ianya tidak dipamerkan kali ini, terdapat pula nama-nama yang pelik dalam Daftar Pemilih Tambahan Bukan Disember 2021.

“Bagaimana SPR boleh mewartakan sesuatu data melibatkan lebih 5.8 juta pengundi, tetapi dikhuatiri kesahihannya? Dan adakah Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac 2022 akan dikompromi keputusannya kerana terdapat ‘irregularities’ pada daftar pemilih yang telah diwarakan?,” katanya.

Sehubungan itu, Fuziah menggesa SPR menjelaskan berkaitan integriti data yang telah pun diwartakan itu.

Berita berkaitan
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
March 20, 2023· Politik
Sekarang sedang bincang dengan BN, kata Saifuddin berhubung agihan kerusi
March 17, 2023· Politik
Lantik ahli politik dalam GLC, Bersih bidas Anwar cakap tak serupa bikin
March 13, 2023· Uncategorized
4 kerusi DUN Pulau Pinang dikosongkan tiada PRK, kata SPR
March 7, 2023· Politik
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
7 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
8 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
17 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok