PKR, Amanah perlu pertimbang kerjasama dengan UMNO: Nazri

December 1, 2021 · Politik

PKR dan Amanah perlu menimbang untuk menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO tetapi mereka perlu terlebih dahulu mengikut syarat yang menjadi asas persetujuan untuk menjayakan usaha sama tersebut, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ahli Parlimen (MP) Padang Rengas itu berkata kedua-dua parti blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) itu perlu meninggalkan DAP jika mahu bersama menjalinkan kerjasama dengan UMNO, malah usaha tersebut akan disokong jika memberi keuntungan kepada bangsa Melayu dan Islam.

“Itu kalau apa-apa juga pertemuan dan kerjasama yang boleh menguntungkan Melayu dan Islam, saya sokonglah, termasuklah kalau sekiranya bukan terhad kepada Pas sahaja.

“Kalau ia (kerjasama dengan Pakatan Harapan pun tiada masalah) menguntungkan, tetapi pada saya dengan DAP tidak boleh.

“Ia (Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh tinggalkan DAP?), dia ada dua, menguntungkan Melayu dan Islam, dan tidak bersama dengan DAP,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan yang parti itu harus membuka ruang politik lebih luas berikutan kegagalan yang berlaku dalam Muafakat Nasional (MN).

Zahid mencadangkan suatu pembaharuan perlu dibuat kerana realiti dan landskap politik telah berubah, maka UMNO perlu terus menjadi parti relevan yang diterajui orang Melayu.

Ujar Nazri lagi, UMNO bagaimanapun tidak boleh mengharapkan kelemahan pihak lawan untuk memenangkan parti.

“Kita tidak boleh harapkan sesuatu berlaku kepada lawan kita kalau nak menang. Kita kena rancang apa yang ada di depan kita. Tapi kalau mereka nak berpecah, bukan kita yang merancang untuk mereka berpecah, dan kalau berlaku perpecahan pun bukan atas perancangan kita.

“Kita kena merancang apa yang kita boleh buat, bukan mengharapkan orang belah sana berpecah atau apa sekalipun,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar kini berdepan krisis kepercayaan selepas dipersalahkan DAP dan Amanah kerana didakwa menjadi punca kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Malah, terdapat desakan pemimpin DAP dan Amanah yang mahu Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang kerana kegagalannya mengetuai blok tersebut dengan baik sehingga menimbulkan rasa tidak percaya dikalangan penyokong mereka sendiri.

Anwar sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan Zahid dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa PRN Melaka, Anwar juga meletak calon bekas pemimpin UMNO bertanding menggunakan tiket PH dan mempertahankan calon tersebut sebagai ‘katak berprinsip’.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok