Pintu Nombor 1, 2 UMNO ditutup: Apa langkah Khairy seterusnya?

January 18, 2023 · Politik

Penganalisis politik percaya Khairy Jamaluddin masih boleh menjadi kuasa yang kuat dalam UMNO walaupun keputusan parti pada Sabtu (14 Januari 2023) yang menghalang cita-citanya untuk merampas salah satu daripada dua jawatan teratas dalam UMNO.

Namun, penganalisis juga berpendapat langkah Khairy selanjutnya akan diperhatikan dengan teliti oleh kumpulan yang lebih suka supaya bekas Menteri Kesihatan itu duduk diam.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, langkah Khairy kini lebih terhad dan beliau boleh dipulaukan memandangkan pendapatnya tentang Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, Khairy bagaimanapun, masih boleh bekerjasama dengan pemimpin kanan lain di luar lingkaran presiden dan bertindak sebagai kumpulan pendesak terhadap Zahid.

“Khairy tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan mahupun parti. Pergerakannya dihadkan dan dia tahu dia mungkin diketepikan kerana dia bukan dalam pasukan presiden.

“Dia boleh kekal dengan syarat tiada tindakan (tatatertib) diambil atau dia boleh memilih untuk dipecat dengan kenyataan yang lebih kritikal dan meninggalkan serta menyertai parti moderat lain kerana dia mempunyai pengikutnya sendiri.

“(Atau) dia boleh mengekalkan momentumnya dengan serangan berterusan terhadap kepimpinan sekarang sebagai menunjukkan ada semak dan imbang walaupun dia tidak boleh bertanding.

“Mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan parti mungkin membentuk pasukan mereka sendiri sebagai kumpulan pendesak untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka dalam parti,” kata Sivamurugan lagi.

Persoalan segera muncul mengenai masa depan bekas Ketua Pemuda UMNO itu dalam parti selepasPerhimpunan Agung (PAU) minggu lalu meluluskan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan yang dijadual pada Mei depan – satu langkah yang diyakini pakar akan mengasingkan Khairy dan kumpulan yang cuba menyingkirkan Zahid.

Khairy sebelum itu membayangkan bahawa beliau boleh bersaing untuk dua jawatan teratas sebagai sebahagian daripada usaha untuk meremajakan UMNO susulan kekalahan teruk dalam sejarah lebih 60 tahun, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu, yang pernah memegang tiga jawatan menteri tetapi tewas kepada lawan yang kurang dikenali dalam pertandingan di Parlimen Sungai Buloh, tidak lagi memegang sebarang peranan kepimpinan dalam UMNO.

Bagaimanapun, beliau kini dilihat sebagai suara utama kumpulan yang menyalahkan prestasi hambar UMNO disebabkan skandal rasuah dikaitkan dengan Zahid, sedangkan pemimpin veteran seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak sekeras beliau dalam bersuara.

Serangan Khairy terhadap Zahid lebih hebat ketika kempen PRU-15, setelah UMNO tidak menyenaraikannya sebagai calon bagi mana-mana kerusi Parlimen. Terdahulu, beliau dipaksa menyerahkan kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya selama tiga penggal kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan.

Khairy terpaksa bertemu Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran meminta kerusi tradisi parti itu di Parlimen Sungai Buloh, setelah UMNO tidak mencalonkannya. Beliau bagaimanapun, tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) R Ramanan, dalam saingan tujuh penjuru.

Ramanan memperoleh 50,943 undi, diikuti Khairy (48,250), Perikatan Nasional (29,060); Pejuang (829); PRM (279); Bebas I (165); dan Bebas II (113 undi).

Puak yang menyokong resolusi tidak bertanding berkata risiko ‘perpecahan’ yang tidak boleh diperbaiki mewajarkan cadangan itu pada masa UMNO perlu pulih dan berkumpul semula, pandangan yang bergema oleh beberapa penganalisis yang melihat langkah itu sebagai munasabah berdasarkan konteks.

Alasan perpecahan itu juga digunakan oleh UMNO untuk memohon penangguhan PAU dan pemilihan dalam parti sebelum PRU-15 lalu, kononnya bimbang parti akan kalah dalam pilihan raya.

Kumpulanyang bertentangan dengan Zahid, antaranya Ismail Sabri yang juga Naib Presiden 1, dan Hishammuddin sebaliknya percaya UMNO memerlukan barisan pemimpin bersih yang segar untuk meremajakan dan melakukan pembaharuan.

Khairy boleh bekerjasama dengan kedua-duanya untuk merampas ketiga-tiga jawatan naib presiden dan membentuk imbangan politik kepada puak presiden.

“Memandangkan UMNO telah membuat keputusan, Khairy (kini) mempunyai dua pilihan jika dia mahu kekal dalam barisan UMNO. Berusaha menjadi naib presiden supaya dia berada dalam kepimpinan pusat UMNO,” menurut Shazwan Mustafa Kamal, rakan rundingan risiko politik Vriens and Partners.

“Dia juga boleh memilih untuk terus mengkritik UMNO dari dalam, sebagai ahli dan ini berisiko tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadapnya, bergantung kepada apa yang dia katakan.”

Pengarah Asia Institute University of Tasmania, Australia, Prof James Chin pula mencadangkan Khairy boleh mengemukakan cabaran undang-undang terhadap resolusi tidak bertanding, mengulangi pandangan Ismail Sabri bahawa menyekat pemilihan itu melanggar perlembagaan parti.

“Mereka yang menentang Zahid ada dua pilihan; mereka sentiasa boleh memfailkan aduan kepada RoS (Pendaftar Pertubuhan) dan juga meminta mahkamah untuk memaksa UMNO mengadakan pemilihan [untuk dua jawatan teratas] tetapi ini adalah strategi berisiko tinggi,” katanya menurut MalayMail.

“Pilihan lain ialah tidak melawan Zahid sekarang tetapi bekerja menentangnya secara dalaman semasa pilihan raya negeri (PRN) akan datang kerana jika Zahid tidak mendapat semula undi Melayu yang hilang semasa PRU-15, maka Zahid akan menghadapi masalah.”

Enam negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya pada Ogos dan September tahun ini.

Pakar berkata keputusan pengundian di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan “sengit” dan sama ada boleh mengekalkan kerajaan gabungan Persekutuan semasa atau mencetuskan satu pakatan baharu, termasuk dalam UMNO.

Berita berkaitan
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
14 minit lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
17 jam lalu· Isu semasa
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
18 jam lalu· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
17 minit lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
55 minit lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
2 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
3 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok