Pinda perlembagaan UMNO lahir diktator, kata bekas Ketua Hakim Negara

May 22, 2022 · Politik

Pindaan Perlembagaan UMNO membolehkan pemimpin berkaitan memegang jawatan hampir tiga kali ganda daripada tempoh tiga tahun asal, sekali gus menjadikan mereka sebagai diktator, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Beliau turut menarik perhatian kepada tiga perkataan yang dimasukkan di dalam pindaan Fasal 10.16.1 Perlembagaan UMNO iaitu “yang mana terkemudian”.

Pada 15 Mei lalu, Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan Fasal 10.16.1 iaitu:

“Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan ATAU tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian.”

Menurutnya selepas pindaan itu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhak memilih untuk menangguhkan pemilihan sama ada tidak lebih daripada 18 bulan atau tidak lebih daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“MKT boleh pilih yang lebih pendek atau yang lebih panjang tertakluk kepada keadaan pada sesuatu masa, mengikut budibicaranya. Itu jelas tanpa tiga perkataan “yang mana terkemudian”.

“Adakah wujudnya tiga perkataan itu mengubah kedudukan ini? Sekali pandang ia seolah-olah memberi makna, dalam semua keadaan, MKT mesti memilih yang lebih panjang,” katanya.

Abdul Hamid berkata sebenarnya ia tidak sedemikian kerana ketiga-tiga perkataan itu terikat dengan perkataan ‘berhak’.

Sehubungan itu, beliau berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meminta penjelasan daripada UMNO apakah tujuannya memasukkan tiga perkataan itu.

“Jika penjelasan yang memuaskan tidak dapat diberi dan Pendaftar hendak meluluskan juga pindaan itu, tiga perkataan itu hendaklah dipotong.

“Maka, kesan pindaan ini ialah MKT boleh memilih untuk menangguh pemilihan atau tidak. Ia boleh memilih tempoh yang lebih panjang atau lebih pendek.

“Yang pentingnya, pindaan ini akan membolehkan mereka memegang jawatan hampir tiga kali ganda daripada tempoh tiga tahun asal. Akibatnya, akan berkuranglah amalan demokrasi dalam UMNO dan ia akan menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai diktator,” katanya.

Ikuti kupasan lengkap beliau di ruang RENCANA

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
8 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
15 jam lalu· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
16 jam lalu· Politik
UMNO, DAP, PKR alliance – Towards marital bliss or total disaster?
16 jam lalu· Rencana
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
10 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
13 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok