Pimpinan Bersatu, PN diminta fokus masalah rakyat, kurangkan berpolitik

June 11, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (11 Jun) mengingatkan ahli parti serta gabungan Perikatan Nasional (PN) supaya memberi perhatian lebih kepada masalah dihadapi rakyat, termasuk kenaikan kos sara hidup dan inflasi, dan mengurangkan berpolitik.

Beliau juga mengingatkan bahawa tujuan asal berpolitik adalah untuk membantu rakyat tanpa mengira bangsa.

“Dalam keadaan apa sekali pun, perhatian Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) khususnya adalah bagaimana nak urus dan bantu ringan beban rakyat yang terkesan disebabkan oleh pandemik.

“Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) pun saya ambil perhatian berat masalah ini. Dalam statistik terkini, kita belum keluar daripada situasi seperti pasca pandemik sebelum 2019.

“Negara lain di sekeliling kita dah keluar tapi kita belum keluar, masih di separuh jalan lagi sedangkan matlamat kita bukan begitu.

“Ini juga agenda utama PN dan Bersatu kerana kita tak fikir bila kerajaan nak buat pilihan raya umum. Tak payah cakap banyak soal bila pilihan raya, siapa nak jadi Perdana Menteri kerana itu semua tak penting di peringkat ini,” katanya pada sidang media Majlis Jalinan Mesra PN Johor di Johor Bahru, hari ini.

Muhyiddin berkata, dalam mesyuarat MPN bulan ini, beliau akan menekankan perkara itu dan sekiranya kerajaan mahu lakukan apa-apa langkah susulan ia boleh ditubuhkan beberapa pasukan petugas kerana kadar pemulihan berbeza mengikut sektor.

Katanya, proses pemulihan perlu diberi perhatian dan beliau meminta Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet kelak menerima keputusan MPN dengan menterjemahkan kepada seluruh peringkat kerajaan termasuk kementerian, jabatan dan agensi dibawahnya.

“Contohnya, mesyuarat perlu ada hampir setiap minggu sehingga keadaan baik. Saya tak nampak langkah itu diberi perhatian, saya tak kata kerajaan tidak buat apa-apa tapi tak cukup

“Nanti orang kata apa MPN buat, walhal kita dibentuk bukan nak amik alih kuasa atau jadi kementerian tetapi sekadar memberikan nasihat dan cadangan munasabah dari masa ke semasa,” katanya.

Kata beliau, di peringkat Bersatu dan PN sendiri, parti merancang untuk melancarkan projek galakan tanaman di seluruh kawasan mereka seperti dilakukan di Bachok, Kelantan yang sudah mula menanam sayur-sayuran.

“Sambutannya baik, hasil tanaman itu kita bekalkan kepada rakyat miskin, kalau bekal secara percuma lebih baik atau paling tidak kita jual pada harga murah sahaja asalkan pulang modal kerana kita bukan nak cari untung,” katanya.

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
5 jam lalu· Isu semasa
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
July 4, 2022· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022· Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022· Politik
Popular
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
July 6, 2022
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
July 6, 2022
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
July 6, 2022
Lagi Politik terkini
MoU 2.0 buka peluang kerajaan lakukan transformasi meluas
5 jam lalu · Politik
PKR Johor anjur ‘flash mob’ bantah kenaikan harga barang
7 jam lalu · Politik
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
8 jam lalu · Politik
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
10 jam lalu · Politik
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok