
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya akan menyokong anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden UMNO demi survival politik dan kerusi Perdana Menteri yang telah lama diidam-idamkan.
Pemimpin tertinggi UMNO yang hendak dipilih perwakilan pada pemilihan parti kali ini perlu sedia mengikut hala tuju yang ditetapkan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu berkata, pemimpin bagi jawatan tertinggi yang hendak dipilih perlu terdiri daripada kalangan mereka yang sedia bergerak bersama dengan pasukan beliau ia demi melihat parti itu dalam disatukan bersama semula dan tiada kepentingan peribadi.
Harapan saya, oleh kerana kita berada pada fasa kedua pemilihan UMNO, saya mohon perwakilan seluruh negara untuk memilih calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang difikirkan terbaik untuk memimpin parti.
“Mereka yang dipilih itu kelak perlu bersedia untuk bergerak (dengan saya) dalam satu pasukan, saya tidak mahu ada kabilah’ (puak) yang pelbagai dalam UMNO (sebaliknya) saya nak hanya ada satu pasukan UMNO di Malaysia.
“Kita nak satukan semula UMNO ini, siapa sahaja yang menang, itulah pilihan perwakilan dan mereka (yang menang perlu) jalan sederap dengan saya, ketepikan kepentingan peribadi,” katanya dipetik laporan BH.
Zahid semalam menghadiri sesi perkenalan calon MKT peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Hampir semua calon MKT, termasuk calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Presiden hadir pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga mahu UMNO mengambil pendekatan baharu dengan menggunakan pakai kaedah digital dalam semua perkara bagi menambat semula hati golongan muda.
Beliau berkata, parti perlu keluar daripada kepompong konvensional dan mengetepikan kaedah cara lama yang dianggap tidak sesuai lagi untuk mengembalikan semula kekuatan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak.
“Kita tidak mahu lagi menjadi parti kampung dan kita tidak mahu menjadi johan di gelanggang kita sahaja sebaliknya kita mesti jadi johan dan relevan di peringkat nasional dan kembali diterima rakyat daripada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.