PH tumpu persediaan hadapi banjir, tak ikut UMNO gila nak PRU: Rafizi

September 18, 2022 · Politik

Kegilaan UMNO mahu mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dikecam Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan sikap tidak sensitif kepada kesengsaraan rakyat semasa berdepan musibah dan seakan memperlekehkan kuasa tuhan hanya kerana mahu merebut kuasa.

“Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang memperlekehkan risiko dan kesengsaraan rakyat sekiranya PRU15 dipanggil di musim tengkujuh menunjukkan terpisahnya beliau dan UMNO dari realiti kehidupan rakyat.

“Semasa berucap semalam, beliau dipetik berkata ‘sanggup meredah banjir’ sekiranya PRU-15 dijalankan semasa musim tengkujuh seperti yang didesak UMNO.

“UMNO seolah-olah lupa kesengsaraan yang dialami rakyat sejak sedekad yang lalu akibat bencana banjir. Dua kejadian banjir besar di Sri Muda (tahun 2021) dan Baling (tahun ini) tidak pun terkesan kepada pimpinan UMNO, apatah lagi untuk menginsafkan mereka bahawa kebajikan rakyat perlu diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Zahid semasa meneruskan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan PRU-15 segera berkata walaupun banjir jentera UMNO sedia berkempen.

Untuk rekod, musim tengkujuh kebiasaannya melanda negara pada hujung tahun dan menyebabkan bencana banjir melanda di beberapa buah negeri.

Namun, Rafizi berkata Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan berbeza apabila mesyuarat baru-baru ini membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu rakyat yang terkesan akibat bencana banjir sebagai langkah awal persediaan.

“Kenyataan Zahid itu cukup berbeza dengan nada pimpinan Pakatan Harapan dalam temu rapat PH yang berakhir Khamis lalu (15 September 2022).

“Salah satu kandungan utama ketetapan yang dicapai dalam temu rapat tersebut ialah agar negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan mengusahakan langkah-langkah bersepadu menangani bencana banjir yang dijangka tiba, termasuklah mengisytiharkan ‘Kecemasan Bencana Iklim’ (climate emergency) untuk mengurangkan musibah kepada rakyat.

“Sementara tumpuan kerajaan-kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, UMNO dan pimpinannya menolak ke tepi risiko banjir dalam kegilaan mereka mendesak PRU15 diadakan segera demi mencari kuasa,” katanya lagi.

Tegas Rafizi lagi, kegilaan Zahid dan UMNO perlu dihentikan, oleh itu PKR akan melancarkan satu pungutan suara sebagai bantahan untuk menyekat daripada PRU-15 diadakan semasa rakyat berdepan bencana banjir nanti.

“Keangkuhan sebegini tidak wajar dibiarkan berterusan tanpa ada tindak balas dari rakyat.

“Oleh yang demikian, saya sendiri akan mengusahakan satu pungutan suara rakyat (public referendum) untuk menunjukkan kepada Zahid dan UMNO bahawa rakyat mencemuh parti-parti politik yang galak berebut kuasa hingga mengabaikan persediaan menghadapi banjir.

“Dalam tempoh seminggu dari sekarang, saya akan melancarkan pungutan suara secara digital dan kempen siap siaga banjir supaya rakyat boleh menyatakan desakan mereka agar kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi banjir,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
3 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok