PH tubuh jawatankuasa runding permohonan MUDA, PSM

September 21, 2022 · Politik

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Majlis itu dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dicapai dalam mesyuarat hari ini yang meneliti dan membincangkan permohonan keanggotaan MUDA serta hasrat Parti PSM untuk bekerjasama dengan PH secara rasmi, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti komponen PH iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Steven Sim Chee Keong (DAP), Mohd Hasbie Muda (Amanah) dan Datuk Ewon Benedick (UPKO).

“Hasrat MUDA dan PSM ini bererti, parti-parti yang bersedia berpegang pada prinsip-prinsip dan berada di landasan yang sama dengan PH dapat dirangkul kekuatan bagi menghadapi PRU-15. Pada masa yang sama, pertembungan kerusi pada PRU-15 akan dapat dielakkan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan MUDA telah menghantar permohonan parti itu untuk menyertai PH secara rasmi manakala PSM turut menyatakan hasrat untuk menjalinkan pakatan pilihan raya dengan gabungan itu.

Berita berkaitan
Adalah tak munasabah UMNO-BN bolot banyak kerusi, kata PH Kelantan
June 9, 2023· Politik
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023· Politik
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023· Isu semasa
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
3 jam lalu · Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
3 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
18 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
21 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok