PH tamak, gila kuasa sanggup bersekongkol dengan kuasa asing

August 31, 2021 · Politik

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mendesak Pakatan Harapan (PH) memberi penjelasan berhubung kenyataan dua pihak yang mendakwa parti pembangkang di negara ini mendapat bantuan ejen dan pertubuhan asing terutama Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya adalah amat malang bagi rakyat negara ini yang bermati-matian mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara tetapi ada pihak yang tamak sanggup bersekongkol dengan pihak asing untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Katanya, esok rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan ke-64 yang bermakna telah 64 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan pengaruh penjajah asing.

Beliau berkata selama 64 tahun rakyat Malaysia berdiri di atas kaki sendiri menentukan nasib dan masa depan mengikut cara dan kemahuan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak lain.

“Kemerdekaan negara ini sama-sama kita pertahankan puluhan tahun dengan tekad dan harapan tiada lagi kuasa asing yang akan campur tangan apalagi menganggu kebebasan dan kedaulatan kita.

“Namun hari ini suatu pendedahan dibuat bahawa ada pimpinan dan parti-parti politik rupa-rupanya sanggup bersekongkol dengan negara asing, mendapat bantuan dan dana untuk membiayai aktiviti mereka demi memenangi kuasa politik dan kepimpinan dalam negara.

“Malang sungguh dalam kita bermatian mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara rupa-rupanya ada pihak semata-mata kerana tamak dan gilakan kuasa sanggup menjual maruah dengan bersekongkol dan berkomplot dengan kuasa asing untuk naik berkuasa.

“Sanggupkah rakyat Malaysia membenarkan tindakan keji ini dibiarkan?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail yang mendedahkan ada pemimpin politik Malaysia yang menerima bantuan dan sokongan moral individu dan pertubuhan di luar negara, terutama AS dalam meneruskan karier politik mereka.

Tanpa mendedahkan sama ada pemimpin politik terbabit menerima sokongan kewangan, beliau berkata intipan yang dilakukan mendapati pemimpin politik berkenaan turut melakukan pertemuan dengan individu berpengaruh di luar negara.

Pada masa sama Penasihan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong mendesak PH menjelaskan kaitan dan hubungan mereka dengan National Endowment for Democracy (NED) yang didakwa telah menyalurkan dana ke blok pembangkang itu sepanjang sedekad lalu.

Hubungan antara PH dengan NED ini menurut Dr Kua telah didedahkan oleh Presiden International Republican Institute (IRI) AS, Daniel Twining, tiga tahun lalu.

Twining mendedahkan IRI telah berkerjasama parti-parti pembangkang Malaysia sejak 2002 dengan bantuan NED.

Menurut Twining selama 15 tahun melalui NED mereka berkerja untuk memperkukuhkan kedudukan parti-parti pembangkang di Malaysia.

Dr Kua menambah bahawa SUARAM mendapat tahu yang NED merupakan ‘CIA soft power front’ yang digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sejak beberapa tahun.

“Jadi selama 15 tahun, dengan sumber NED, kami berusaha menguatkan parti pembangkang Malaysia,” kata Twining dalam video yang dikongsikan Kua.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok