PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai

July 2, 2022 · Politik

Tiada desakan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan walaupun memorandum persefahaman (MoU) antara blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan berakhir pada 31 Julai ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata MoU yang dimerterai dengan kerajaan tidak menetapkan bila perlu Parlimen dibubar dan ia terpulang kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan mengadakan PRU-15 tanpa sebarang desakan daripada PH.

“MoU secara dasarnya tiada istilah tamat, hanya disebut tidak akan diadakan PRU sebelum Julai 2022.

“Jadi selepas 31 Julai 2022 serah kepada perdana menteri nak lanjut atau tidak, tapi untuk MoU kita tak sebut bila ia tamat, cuma tarikh 31 Julai itu untuk Parlimen tidak dibubarkan,” katanya dipetik laporan FMT hari ini.

Mohamad atau Mat Sabu itu terdahulu menghadiri program Nadi Rakyat yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, jika beliau menjadi PM, sebarang desakan dan tekanan daripada pihak tertentu yang mahu PRU-15 disegerakan tidak akan dilayaninya.

“Kalau saya perdana menteri, saya mahu sampai habis penggal Jun tahun hadapan,” katanya lagi.

Penggal Parlimen akan tamat pada 16 Julai 2023 dan PRU-15 perlu diadakan menjelang pertengahan September 2023.

Sebelum ini, ramai pemimpin politik terutama dalam kalangan parti UMNO menggesa agar PRU-15 dapat diadakan dengan segera.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Kluster Mahkamah lain yang sedang berdepan perbicaraan berterusan memberi tekanan kepada Ismail Sabri agar mempercepatkan PRU-15 segera.

Terdahulu, Zahid membidas pembangkang sebagai penakut untuk berdepan PRU-15 dan hanya tahu memberi banyak alasan untuk mengelak daripada ia dijalankan.

Ujarnya, langkah mengadakan PRU-15 adalah jalan sebaiknya daripada berterusan dengan kerajaan campuran yang sedang ditadbir oleh Ismail Sabri, malah mencabar pembangkang untuk berani mendesak supaya ia disegerakan.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kes Muhyiddin tak sama dengan Najib duit masuk akaun sendiri: Wan Fayhsal
March 11, 2023
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023
Besar kemungkinan Najib akan diampun: Dr Mahathir
August 25, 2022
Salahuddin yakin pengundi UMNO tiada masalah undi calon parti dalam PH
May 20, 2023
Lagi Politik terkini
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok