PH tak bubar DUN tiga negeri serentak dengan Parlimen

March 17, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan sama dengan PAS yang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri ditadbirnya, walaupun Parlimen dibubarkan.

Dalam kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH memutuskan Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak akan dibubar sehingga tamat penggal pada 2023.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah memutuskan bahawa Kerajaan-Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir Pakatan Harapan tidak akan menasihati agar Dewan Undangan Negeri masing-masing dibubarkan sehingga tamat tempoh pada tahun 2023.

“Keputusan ini dibuat mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih sangat terkesan akibat banjir besar, pandemik Covid-19, pendapatan yang berkurangan serta kos sara hidup yang meningkat mendadak.

“Majlis Presiden menegaskan bahawa fokus segala usaha pada waktu ini harus ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi,” kata kenyataan itu yang diwakili Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Madius Tangau.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan PAS yang memerintah di tiga negeri – Kedah, Terengganu dan Kelantan – tidak akan membubarkan DUN walaupun Kerajaan Pusat membubarkan Parlimen sebelum penggal berakhir tahun depan.

Menurutnya PAS berpendapat tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri berkenaan.

“Mengikut Perlembagaan, sesuatu dewan itu tempohnya adalah sehingga lima tahun, bermula daripada hari pertama persidangan dewan tersebut. Kalau kita tengok dari tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ia belum lagi mencukupi tempoh empat tahun.

“Malah, memandangkan faktor negara masih dilanda wabak Covid-19, kita rasa tiada keperluan pun untuk ketiga-tiga negeri ini diadakan PRN. Itu keputusan kita, sebelum ini tidak timbul isu pembubaran, cuma akhir-akhir ini sahaja,” katanya.

Berita berkaitan
DUN Selangor terbubar secara automatik pada 25 Jun ini, kata MB
June 3, 2023· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
3 minit lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
25 minit lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
3 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
5 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok