PH sokong langkah PM selesaikan isu besar sebelum mengadakan PRU-15

August 21, 2022 · Politik

Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu menyelesaikan isu besar dihadapi kerajaan ketika ini sebelum ini mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) juga disokong Pakatan Harapan (PH).

PH juga senada dengan Ismail Sabri yang tidak bersetuju mengadakan PRU-15 pada ketika terdapat isu besar sedang dihadapi pentadbirannya, ia termasuk skandal kapal tempur pesisir (LCS) dan beberapa isu lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Bagi saya, agak sukar (PRU) ketika ini berdasarkan pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa sekarang ini ada beberapa isu yang besar,” kata Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil dipetik laporan BH hari ini.

Fahmi juga menyifatkan pihak yang mahu PRU diadakan sekarang sebagai mementingkan diri dan hanya memikirkan nasib sendiri.

“Saya rasa kita jangan risau, saya yakin bila tiba masanya, rakyat akan buat pilihan yang mereka rasa terbaik untuk mereka,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya mendesak supaya PRU dipercepatkan, sebaliknya menjelaskan mengenai isu ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan yang ketika ini hangat diperkatakan.

“Bagi saya, belum masanya (PRU) dan tidak sesuai lagi kerana kita juga tahu ada beberapa lagi kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam yang perlu diselesaikan dahulu.

“Bagi saya, rakyat mahukan supaya semua perkara itu diselesaikan dulu,” katanya.

Beliau menegaskan, mengadakan PRU dengan lebih cepat juga boleh dianggap cubaan menutup perkara yang tidak sepatutnya.

“Jadi kita jangan cuba mendahului kerana timbul persepsi yang PRU ini adalah usaha untuk mengeluarkan sesiapa daripada keadaan yang ‘sempit’ dan itu bagi saya, sangat pentingkan diri,” katanya lagi.

Zahid semalam sekali lagi mendesak supaya PRU disegerakan atau UMNO dan BN akan tewas, sambil menyifatkan sekarang adalah waktu terbaik ia diadakan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga dilaporkan berkata, tindakan melengahkan PRU bermakna parti itu memberi senjata kepada musuh untuk terus menyerang.

Bagaimanapun, Ismail Sabri dalam satu program semalam berkata bimbang sekiranya isu LCS akan memberi kesan yang sama dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga mengakibatkan UMNO-Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU-14 lalu.

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
18 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
6 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
6 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
19 jam lalu · Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023 · Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok