PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka

March 30, 2023 · Politik

Pakatan Harapan (PH) – gabungan DAP, PKR dan AMANAH – setuju bekerjasama dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri (KM) baharu.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dalam satu kenyataan malam ini berkata gabungan itu secara dasarnya menyokong penubuhan kerajaan perpaduan di Melaka.

Untuk rekod, Barisan Nasional (BN) dan UMNO mempunyai 21 kerusi (termasuk dua MCA dan satu MIC) daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Ini diikuti PH degan lima kerusi, termasuk empat dimenangi DAP, dan Perikatan Nasional (dua kerusi).

Mengulas lanjut, Adly yang juga bekas KM Melaka ke-11 berkata PH Melaka akan berusaha untuk bekerjasama dengan BN Melaka demi memastikan kestabilan politik negeri dapat diwujudkan.

Krisis politik Melaka tercetus semula selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletak jawatan KM sebagaimana disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan itu, ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh disahkan akan dilantik mengisi kekosongan itu, dan dikatakan bersedia untuk membentuk kerajaan campuran bersama PH, khususnya DAP.

Bagaimanapun, tindakan menukar Sulaiman dengan Ab Rauf mendapat ‘tentangan’ daripada beberapa pemimpin UMNO dan wakil rakyat parti itu.

Mengulas isu itu, Ahli Exco Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata Melaka akan menyaksikan kewujudan kerajaan baharu ‘tebuk atap’ dan ‘pintu belakang’.

“Apa yang tuan-tuan akan saksikan dalam beberapa hari berikutnya ialah Ketua Menteri tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang.

“Ini spesies baharu kelahiran Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia seperti dilaporkan oleh portal berita, FMT.

Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
23 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok