PH Selangor gementar gelombang rakyat, kenyataan media pun lucu

March 14, 2023 · Politik

Pakatan Harapan (PH) telah mula merasai kepanasan gelombang kebangkitan rakyat, khususnya orang muda, yang menyokong Perikatan Nasional (PN) sehingga membuat kenyataan yang memperlihatkan ketakutan dan kelemahan gabungan yang kini disertai UMNO.

Serentak itu, PAS Selangor menolak tuduhan bahawa pengundi di Terengganu dan Kelantan kini menukar alamat tempat tinggal mereka untuk membuang undi di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan beberapa bulan lagi.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata tuduhan Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin bahawa sejumlah besar pengundi PAS di Kelantan dan Terengganu sedang giat menukar alamat mengundi mereka ke Selangor, adalah tidak berasas.

Menurutnya Adzman juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang tindakan pengundi dari kedua-dua negeri berkenaan untuk menukar alamat mereka.

Roslan memberi beberapa sebab tuduhan pengundi di Kelantan dan Terengganu sedang menukar alamat tempat mengundi, tidak berasa, antaranya:

“Kebebasan dan ketelusan SPR sebagai badan mengurus dan mengendalikan.proses demokrasi berparlimen di Malaysia tidak pernah dipertikaikan. Malah mereka sentiasa menambah-baik kaedahnya sehingga hari ini muncul sebagai pengurus pilihan raya antara yang terbaik di rantau ini.

“Datang pegawai PKR ini mempertikaikan cara SPR berkerja. Operasi SPR cukup canggih di waktu ini, tiada mana-mana warganegara yang layak mengundi boleh mengundi di dua tempat berlainan dalam satu Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kedua kalau pun betul tuduhan beliau ini apakah ada bukti ? Ada bukti mereka yang tukar alamat ke Selangor tu sebelum ini mengundi PAS di Kelantan dan Terengganu sebagaimana dakwaan beliau. Jangan cakap kalau tiada bukti.

“Ketiga yang lebih lucu tidakkah beliau (Adzman) sedar bahawa Kelantan, Tetengganu dan Selangor hanya punya PRU-15 Parlimen sahaja tempoh hari. Tiada PRN, sekarang baru mahu PRN.

“Lantas mana ada undi dua kali? Rakyat Malaysia berhak mengundi untuk Parlimen dan DUN (kecuali Wilayah Persekutuan) sekali setiap penggal PRU, apa masalah?,” katanya dalam kenyataan hari ini (14 Mac 2023).

Sehubungan itu, Roslan mengingatkan pemimpin PH supaya tidak mencipta cerita sesuka hati kerana ia hanya akan mencerminkan betapa lemah dan longgarnya parti berkenaan.

Menurutnya kenyataan itu juga jelas menunjukkan bahawa PH mula merasai riak-ria gelombang kebangkitan rakyat yang akan membadai Selangor tidak lama lagi.

“Taburlah apa yang mampu konon untuk menggagalkannya. Insya-Allah rakyat Selangor khasnya pengundi Melayu cukup matang dan tidak sabar mahu buat perubahan,” katanya.

Berita berkaitan
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu· Politik
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Sekarang sedang bincang dengan BN, kata Saifuddin berhubung agihan kerusi
March 17, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
14 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
17 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok