PH sedia lanjut MoU jika Ismail Sabri datang berunding: Salahuddin

July 16, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) membuka pintu rundingan untuk menyambung memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan, kata Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Timbalan Presiden Parti Amanah itu berkata blok pembangkang tersebut masih mengharapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memulakan rundingan menyambung MoU 2.0 walaupun partinya, UMNO sudah membuat ketetapan bertentangan sebelum ini.

“Sebagai contoh, kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob datang kepada kita (PH) untuk berunding soal MoU, kita sedia timbang kerana ini untuk kepentingan bersama rakyat.

“Menerusi MoU sedia ada, kita sudah buktikan bahawa apabila kita tandatangan, kita sama-sama bantu dan tidak berlaku ‘politiking’ dalam Parlimen, bajet tahun lepas lulus dengan persetujuan majoriti dan banyak juga usul kerajaan yang kita terima,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Salahuddin terdahulu mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kenaikan harga barangan asas di Kampung Pasir, Johor Bahru hari ini.

MoU antara kerajaan sedia ada dan PH yang bakal tamat hujung bulan ini telah ditandatangani dan dipersetujui pada 13 September 2021 bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dalam negara.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pihaknya terbuka untuk menandatangani MoU dengan kerajaan bertujuan memastikan tiada pihak yang berterusan merebut jawatan dalam kerajaan.

“Kita mahu kerajaan sedia ada stabil hingga pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang boleh ditarik sehingga pertengahan tahun depan kerana mahu kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesejahteraan rakyat.

“Jadi, kita harap jangan ada permainan politik dan jangan ada cubaan untuk bubar Parlimen dalam tempoh terdekat, sebaliknya tumpukan untuk menyelesaikan isu rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, UMNO sudah membuat ketetapan dan meminta Ismail Sabri supaya tidak menyambung MoU dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini.

Malah, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkali-kali sudah memberi isyarat kepada Ismail Sabri agar segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga hari ini masih belum ada perbincangan antara lima pemimpin tertinggi UMNO diadakan untuk mencari tarikh PRU, ia walaupun semasa Perhimpunan Agung Khas sebelum ini ketetapan sudah dibuat supaya “Top 5” berunding.

 

Berita berkaitan
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
8 jam lalu· Isu semasa
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
8 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
9 jam lalu· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
13 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
14 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
22 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
23 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok